4 •• Borang

22.4K 982 121
                                    

Hari ini, tarikh ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hari ini, tarikh ini.. Genap 3 bulan aku menjadi isteri kepada pewaris Raviera Resort. Dan detik ini juga semuanya masih beku pada pandangan mata aku. Tiada yang suam, tiada yang mencairkan. Apa mungkin aku yang tidak berusaha sehabis baik? Atau apa mungkin, begini sudah yang telah ditetapkan. Lalu apa lagi yang boleh diperbuat? Kerana aku sendiri telah menjadi letih.

Jika ditanya apa yang aku rasa tentang perasaan ini, yang dulu dengan yang sekarang? Jawapan aku, yang dulu lebih baik. Yang dulu aku hanya memendam seorang diri tanpa melibatkan sesiapa. Hatiku juga tidak sakit. Yang sekarang, walau di depan mata namun pedihnya lebih menikam dan menusuk tangkai hatiku ini.

Perlahan aku toleh ke sebelah. Memandang wajah damai yang selalu berjaya menggetarkam hatiku. Dengkurannya halus menerobos ke ruang pendengaranku. Meski berkongsi katil yang sama, tapi ruang itu tidak bersatu. Jalinan itu tidak mesra. Dengan payah aku melepaskan hela nafas.

Jam di meja sisi aku telek seketika, ianya sudah menginjak ke angka 3 pagi. Aku berusaha menutup mata, menghadirkan rasa kantuk yang menjauh sejak tadi.

Sehinggalah alarmku berbunyi tiga kali, aku terasa sangat letih dan mengantuk. Salah sendiri siapa yang suruh berjaga hingga ke awal pagi. Aku bangun menuju ke bilik mandi. Menyegarkan diri dan menunaikan solat lalu mengejutkan Raez sebelum aku turun ke bawah. Bukan untuk menyediakan sarapan kerana masih terlalu awal dan pembantu pun belum masuk ke dapur. Aku hanya  tidak selesa berada di ruang yang sama dengannya dan berpura-pura seperti tidak tahu apa-apa padahal aku telah mendengar semuanya.

"Kenapa duduk kat sini?" Tegur satu suara garau. Tipulah kalau aku tak kenal suara itu. Suara yang telah lama melekat di kotak memoriku. Sudah semestinya dia hairan dan pelik melihat aku yang duduk di island table dalam keadaan sedikit bergelap. Namun masih ada cahaya lampu dari luar rumah yang menerobos masuk.

"Dira.. Dira tengah fikir nak masak apa untuk sarapan." Bohongku seraya berpusing ke arahnya. Dia hanya mengenakan seluar track dan t-shirt round neck. Kelihatan sepertinya dia mahu keluar berjogging.

"Awal lagi ni. Tak mengantuk ke? Semalam tidur lambat kan?" Erkkk.. Pertanyaannya itu mengejutkan aku. Bagaimana Raez tahu aku tidur lewat? Aku pantas menggeleng.

"Tak mengantuk. Abang tak keluar ke hari ni?" Tanya aku gugup. Hari ini memang hari ahad, hari minggu untuk semua orang berehat tapi sesungguhnya tidak ada beza untuk seorang Raez. Hari-hari dia akan keluar. Selain dari pergi kerja, aku tak tahu ke mana perginya.

"Dira nak abang keluar ke hari ni?"

"Hah? Tak!! Eh.. Err.." Aku gelabah sendiri melihat renungannya yang tepat pada mataku. Aku jadi tidak keruan. Rasa yang dia letakkan di hatiku ini terlalu kuat.

"Dah tiga bulan jadi isteri abang, masih takut dengan abang?" Tanya dia sambil mengatur langkah menghampiriku. Aku sudah kehilangan oksigen. Tak mampu nak jawab soalan yang dikemukakan olehnya. Jangan terlalu lemah, Dira!

RASMI MILIKKUWhere stories live. Discover now