6 •• Pulang

25.3K 1K 110
                                    

Empat tahun kemudian...

Kuala Lumpur International Airport.

"Dira, aku hantarkan lah.." Hadif menarik bagasi yang sedang aku tarik.

"Eh, tak payah! Aku balik Ipoh naik teksi je. Nak surprisekan ayah dan ibu. Dia orang tak tahu aku balik hari ni." Aku pamerkan senyum lebar. Ika di sebelah, aku kerling sekilas.

Ya, kami bertiga melanjutkan pelajaran di Universiti yang sama dan dalam jurusan yang juga sama. Kami bersahabat dengan sangat rapat. Rapat yang jika dilihat seperti adik beradik. Ke mana kami pergi, memang akan bersama.

"Serius lah nak balik naik teksi? Aku suruh driver aku hantarkan ye?" Ika cuba memujuk aku.

"No. I'm okay. Aku gerak dulu. Takut nanti sampai lambat. Bye korang." Aku memeluk Ika erat.

"Apa-apa nanti terus call aku." Hadif masih melekatkan pandangan pada wajahku. Aku hanya menganggukkan kepala dan memandang dia. Lalu kaki terus melangkah keluar dari ruangan itu.

"Dah... Dia dah pergi pun. Tahulah sayang, harap bersabar ye." Terdengar Ika memerli Hadif.

Perjalanan aku menuju ke Ipoh, tenang. Setenang juga hatiku kini walau disulam dengan sedikit rasa teruja tidak sabar mahu berjumpa dengan keluarga.

Empat tahun aku melanjutkan pelajaran di University of Toronto, Canada. Selama tempoh itu, sekali pun aku tak pernah pulang ke Malaysia. Aku hanya berkomunikasi melalui video call dengan ayah dan ibu. Hanya memberi tahu aku berada di Canada, tapi tidak memberitahu lokasi universiti aku. Ini semua kerana aku mahu sorokkan diri aku sekecil-kecilnya dari pengetahuan 'orang itu'.

Moga antara kami sudah terlerai segala-galanya. Moga antara kami telah selesai dengan mudahnya. Aku juga sudah tidak mahu terkait lagi dengannya. Sudah tiada nama dia di dalam hati ku. Itu aku pasti.

Melalui info yang aku terima dari Hannah, dia sudah menemui Kak Effa. Beginilah takdir hidupku. Dilepaskan kerana tidak selayaknya berada disisinya.

Dua jam setengah menempuh perjalanan, akhirnya aku tiba di hadapan rumah ayah dan ibu. Panjang nafas aku hela bersama ukiran senyum puas yang menghiasi wajah. Kakiku melangkah turun dari teksi tersebut.

"Dira!!!!" Sudah kedengaran suara yang teramat aku rindu menerpa keluar dari pintu utama mendapatkan aku yang berdiri tercegat dengan beg bagasi di sebelahku.

"Ibu..!" Air mataku tumpah saat dia merangkulku ke dalam pelukannya. Di pandangan mataku yang kabur dengan air mata, kelihatan seorang lelaki berdiri di jenang pintu.

"Ayah.." Aku meleraikan pelukan dengan ibu dan melangkah mendapatkan ayah. Tubuhnya aku peluk erat.

"Puteri ayah dah pulang.." Ayah turut memeluk aku dengan erat. Seperti melepaskan sebuah kerinduan yang sangat besar. Aku menarik ibu dan kami berpelukan bersama-sama.

"Jom masuk, Dira." Ibu menarik tangan aku untuk masuk ke dalam rumah sementara ayah menapak ke laman rumah untuk mengambil beg bagasi aku.

"Dira rindu sangat dengan ibu dan ayah. Rindu dengan rumah ni.." Aku tersenyum lagi sambil melihat ke segenap ruang rumah. Tiada banyak perubahan, cuma ada pertambahan pokok bunga hiasan di ruang tamu ini.

"Dira dah makan?" Tanya ibu. Aku membelek jam di tangan. Sudah menginjak ke pukul 11 pagi.

"Tadi sarapan sikit aje kat atas teksi. Nak makan masakan ibu." Aku sudah merengek manja. Lama tak bermanja dengan ibu.

"Dira tak beritahu nak balik. Kalau tak, boleh ayah belikan lauk kegemaran Dira untuk ibu masak."

"Tak apa, ayah. Dira makan apa je yang ibu masak. Semua Dira suka."

RASMI MILIKKUWhere stories live. Discover now