5 •• Pergi

24K 1K 101
                                    

"Assalamualaikum." Salam aku berikan sebaik tiba di hadapan pintu rumah ibu. Raez di sebelah berdiri sambil menjinjit beg baju aku.

"Waalaikumsalam. Diraa.." Ibu menjawab salamku dan meluru memeluk tubuhku. Kepulanganku pada hari ini sudah ku maklumkan sejak minggu lepas. Ibu dan ayah juga tahu bahawa hari ini adalah tarikh keluarnya result SPM.

Raez turut tunduk bersalaman dengan ibu. Ayahku kelihatan tiada di ruangan itu menyebabku aku terpanggil untuk bertanya.

"Ibu, ayah mana?"

"Ayah ke pekan. Ada urusan di Pejabat Tanah. Sekejap lagi ayah balik. Dira nak pergi ambil result sekarang ke?"

"Dira tunggu ayah dulu. Nak pergi dengan ayah sekali."

"Duduklah dulu Raez. Ibu ke dapur sekejap." Aku turut mengekori langkah ibu menuju ke dapur. Tiga bulan meninggalkan rumah ini membuatkan aku rindu dengan seluruh pelusuk ruangan rumah ini. Bagi aku, rumah sendiri adalah ruang yang paling selesa dan nyaman.

Tanpa ku sedari, Raez juga turut mengekori kami ke arah dapur. Aku yang baru mencapai teko untuk membancuh air terkejut mendengar kerusi ditarik.

"Raez cuti berapa hari? Tinggal lah lama sikit di sini. Boleh Dira bawa jalan-jalan nanti." Ibu mulakan perbualan dengan ramah.

"Raez cuti hari ni dan esok je ibu. Tak boleh cuti lama. Resort masih belum siap renovation. Nanti inshaAllah, Raez apply cuti panjang sikit. Boleh stay lama kat sini." Jawab Raez lembut.

Ahh.. Untuk apa lagi ditaburkan janji semanis madu, jika hati tak seiring dengan lisan? Aku yang mendengarkan itu sudah memutarkan bebola mata. Tapi muka ku menghadap sinki, sudah tentu Raez tak dapat melihat reaksi mukaku ketika ini.

"Assalamualaikum. Dira.. Raez.." Kendengaran suara ayah di jenang pintu dapur membuatkan aku segera menoleh dan terus mengelap tanganku pada kain.

Tapi, Raez terlebih dahulu tunduk bersalaman dengan ayah. Aku memerhati wajah ayah yang sedikit ceria melihat aku dan Raez. Selesai bersalaman aku terus memeluk ayah. Melepaskan rindu pada lelaki yang sangat menyayangiku.

Ketika ini, sedarlah aku bahawa tak ada sesiapa yang boleh menandingi kasih sayang seorang lelaki bergelar ayah kepadaku. Dan sedarlah aku, pada ketika ini bahawa jika aku ingin mengasihi seorang lelaki sepenuhnya, biarlah ianya tumpah pada lelaki di hadapanku ini yang bernama ayah. Nescaya aku tak akan tersakiti dan aku tak akan dikecewakan.

"Apa khabar puteri ayah?" Ayah memegang bahuku sambil tersenyum memandang ke arahku.

"Dira sihat, ayah." Aku juga tersenyum manis cuba menutup cela-cela sedih di lantai wajahku. Walaupun bahang di mata telah muncul dan sebentar lagi butir mutiara akan bergenang cepat-cepat aku kedipkan mata untuk menghilangkan rasa sakit yang tidak terperi. Luka ini kian merebak dan kian parah.

"Raez, jangan rasa pelik ya. Dira memang macam tu dengan ayah. Dari dulu ayah selalu manjakan dia. Itu yang jadi anak ayah.." Ibu cuba berseloroh apabila melihat Raez sepertinya tercengang melihat drama anak beranak. Raez hanya tersenyum sambil menganggukkan kepala.

Aku kembali berpusing menyiapkan air yang aku bancuh. Air mata yang mengalir aku lapkan dengan kekura tanganku. Ibu pula siap menghidangkan kuih tepung pelita di dalam piring.

"Raez sihat? Mama dan papa sihat?" Ayahku bertanya sebaik sahaja melabuhkan punggung di sebelah Raez.

"Alhamdulillah, Saya sihat ayah. Mama dan papa juga sihat. Mereka kirim salam pada ayah dan ibu."

"Waalaikumsalam.." Ayah dan ibu menjawab serentak. "Minum Raez.." Pelawa ayah sebaik sahaja aku menuang air ke dalam cawan.

Menaiki satu kereta, kami menuju ke sekolah aku. Hatiku berdebar dan doa mengirigi perjalananku ketika ini. Turun dari kereta aku lihat student dah tak ramai di dewan itu. Mungkin ramai yang dah balik: Patutlah, dah nak hampir ke pukul 12 tengah hari.

RASMI MILIKKUWhere stories live. Discover now