PART 2

737 51 13
                                    

"cuba tengok ni"Yoonji menghulurkan telefon bimbitnya, Jimin mengambil telefon dari tangan Yoonji..




"eii, seramnya aku tengok, boleh mengigau aku malam nanti tengok gambar ni" Jimin menghulurkan kembali telefon Yoonji




"pelik betul kejadian ni, hish ni yang buat aku teruja nak siasat ni!" kata Yoonji sambil melihat gambar di telefon bimbitnya.




Gambar seekor kambing yang mati dengan kesan taring di lehernya.

kecoh 1 Universiti apabila kambing peliharaan di universiti yang digunakan untuk penyelidikan telah mati. Mati dengan cara misteri. Semua pihak buntu apabila tiada satu pun bukti yang tinggal.



"kau tak payah nak jadi pengganti Sherlock Holmes la. Banyak lagi kerja lain yang kau boleh buat" kata Jimin apabila melihat Yoonji beria-ria ingin menyiasat.



Sedang mereka berbual-bual, pintu kelas dibuka. Seorang lelaki yang agak handsome masuk, semua pelajar perempuan dalam kelas tersebut terpegun, termasuklah Yoonji sekali.



Song Jong Ki pun boleh kalah ni.



"hello, saya merupakan pensyarah baru kamu. Saya menggantikan Prof Yeol yang sedang bercuti. Kamu boleh panggil saya Sir Baek. Kamu semua ada apa-apa soalan tak?" soal Sir Baek.




"no Sir!"satu kelas menjawab.




"Good! Let's start our lesson" Sir Baek mula membuka bukunya.

********
"Yoonji, kau perasan sesuatu yang pelik tak pasal Sir Baek?"soal Jimin apabila mereka sedang makan tengahari bersama.




"perasan, dia memang super duper handsome kan?"jawab Yoonji sambil menyedut minuman.



Jimin menjulingkan matanya, ish Yoonji ni, benda tu juga yang dia tengok.




"bukan yang tu. Sepanjang dalam kelas tadi, Sir Baek tu asyik pandang aku je. Peliklah"Jimin menggaru kepalanya.




Yoonji ketawa terbahak-bahak. Jimin yang melihatnya sedikit pelik.



"hish kau ni, Sir Baek tu normal lah. Takde makna dia syok kat kau"balas Yoonji dengam ketawa yang masih tersisa.




"eii, stress la aku cakap dengan kau ni! I'm serious!" marah Jimin.



"ok sorry, sorry. Manalah aku tahu kenapa dia pandang kau"balas Yoonji



"erm, kena siasat ni. Aku dapat rasakan ada sesuatu yang tak kena dengan dia. Yoonji, jom kita siasat!" kata Jimin sambil mengacau minumanya.



"minggu ni tak bolehlah, kita banyak assignment tau nak kena buat. Minggu depan bolehla" ujar Yoonji.



"erm minggu depan pun minggu depanlah"jawab Jimin.




Dia dapat merasakan yang Sir Baek sedikit pelik
********
Yoonji membuka pintu biliknya dan berbaring atas katil, Roomatenya sedang sibuk menghadap laptop.




"lambatnya balik, setahu aku kelas kau habis pukul 4 kan?" soal Seok Ju sambil melihat jam locengnya, sekarang dah pukul 6 pm.




"lepak kat kafe dengan Jimin tadi" jawab Yoonji sambil memejamkan matanya.




"korang ni ada pape ke? Rapat bukan main lagi" soal Seok Ju sambil ketawa.




Dah lama dia perhatikan, Yoonji dan Jimin memang rapat. Malah lebih rapat dari pasangan bercinta.



"mana ada pape, aku kawan jelah dengan dia" balas Yoonji




"betul ke ni? Aku masih rasa sangsi la"usik  Seok Ju.



"betul lah. Kalau kau tanya sekali lagi aku campak kau keluar balkoni ni" jeling Yoonji sambil duduk di atas katil.
*******
"cuba kau tengok ni, kali ni kambing lagi yang kena. Takutlah aku sekarang ni, nampaknya kita dah tak boleh balik study sampai lewat malam, nanti tak pasal-pasal jadi mangsa Phantom Vampire ni" ujar Yoonji sambil menunjukkan telefon bimbitnya.



Phantom Vampire merupakan nama gelaran bagi pembunuh bersiri tersebut




"kau tu garang. Harimau pun takkan berani dekat dengan kau lah. Apatah lagi si phantom Vampire tu"usik Jimin.




"menyesal aku ikut kau pergi library semalam, kalau tak boleh aku pergi dekat site tu, nak tengok dengan mata kepala aku sendiri"keluh Yoonji



"eh, aku pulak yang salah?" Jimin menyoal balik.





"apa bising-bising ni? Apa yang kamu berdua tahu tentang Phantom Vampire?" soal Sir Baek yang tiba-tiba muncul.




"Eomma!" latah Jimin dan Yoonji.



Terkejut ditegur dari belakang secara tiba-tiba.




"err takde pape Sir" jawab Yoonji dengan gugup.





"tadi saya dengar kamu berdua sebut nama Phantom Vampire, apa yang kamu tau tentang Phantom Vampire?"kali ni Sir Baek berdiri berhadapan dengan Yoonji dan Jimin.




"err kami bercakap pasal kes yang kambing mati. Tu je"jawab Jimin pula.





"erm, oklah kalau macam tu” Sir Baek cepat-cepat beredar dari situ.




"peliklah Sir tu" ujar Jimin. Yoonji hanya mengangkat bahu.







Done update part terbaru. Please vote + comment 😌

Bangbangcon The Live semalam memang terbaik 🤪 why Jimin seksi sangat masa perform dalam tu😭

[C] Vampire's Mate [PARK JIMIN : 박 지민 ]Where stories live. Discover now