PART 4

546 49 34
                                    

Yoonji dan Jimin sedang bersembunyi di sebalik tiang, sejak dari kelas tadi mereka asyik mengekori Sir Baek. Mereka amat sangsi dengan pensyarah baru tersebut.



"dia dah keluar" kata Jimin



"jom kita masuk" Yoonji membuka pintu bilik Sir Baek. Mereka mula menggeledah bilik tersebut, namun hampa. Tiada satu pun benda yang mencurigakan mereka jumpa.




"tiada apa yang mencurigakan pun, profile dia pun biasa je ni. Wah dia graduate dari Stanford University la. Memang hebat" ujar Yoonji sambil memegang fail yang mengandungi data Sir Baek.



"aku still rasa sangsi la" Jimin menggaru kepalanya.


"perasaan kau jelah. Jomlah kita pergi makan" ajak Yoonji,



Jimin mengangguk dan mereka berdua beredar dari situ





"jangan harap korang akan tahu identiti aku" ujar Sir Baek perlahan. Dari tadi dia dapat menghidu tindak-tanduk Jimin dan Yoonji, sengaja dia buat-buat beredar dari bilik tersebut

*****
Jimin termenung sambil mengadap meja belajarnya. Masih memikirkan Sir Baek, dia masih sangsi dengan Identiti sebenar Sir Baek.


"oit, kenapa termenung ni? Teringatkan Yoonji ea?" usik Jin. Dia memang cukup maklum keakraban Yoonji dan Jimin, macam belangkas


"bukanlah. Aku tengah fikir pasal assignment ni, tengah cari idea" bohong Jimin



"aku nak pergi makan ni, nak pesan apa-apa tak?" soal Jin sambil memakai kasut.




"tak naklah, dah kenyang" balas Jimin. Jin hanya mengangguk dan menutup pintu.
*****
Bunyi ketukan yang bertalu-talu memaksa Yoonji membuka matanya, hari cuti macam ni dia nak berehat pun tak boleh. ni mesti Eommanya yang ketuk pintu.



"ye Eomma, kenapa?"soal Yoonji sambil menggosok matanya



"kenapa kamu tanya? Sekarang dah pukul 8, bangun cepat! Appa dah tunggu kat bawah tu"arah Eommanya.


"kejap lagi Yoonji turun" kata Yoonji dan menutup pintu.




Selepas siap berpakaian, Yoonji turun untuk bersarapan



"Jimin apa khabar? Kenapa tak ajak dia datang sini?"soal Appanya.


Muka Yoonji berkerut, tiba-tiba Appanya tanya pasal Jimin.



Pelik!




"Dia baik je. kenapa tiba-tiba tanya pasal dia ni?" soal Yoonji.



"dia kan teman istimewa kamu, takkan nak tanya pun tak boleh?" soal Eommanya pula.



"mana ada teman istimewa. Kawan jelah" balas Yoonji.



Dia pun pelik, kenapa semua orang cakap dia dan Jimin tu ada hubungan?. Hubungan mereka hanyalah sekadar kawan baik. Tak lebih tak kurang.



"alah, tak nak mengaku konon, kita tengok satu hari nanti macamana" usik Appanya. Yoonji buat-buat tak dengar.
****
"kenapa kau nampak resah semacam je? Kau tak sihat ke?" soal Jimin sambil menyentuh dahi Yoonji. Tak panas pun.



"aku okey" jawab Yoonji. Jimin masih tak puas hati.


"kau ada nak cakap sesuatu ke? If you have the feeling that something is wrong, don't be afraid to speak up" ujar Jimin.



Yoonji mengangkat mukanya. Jimin ni boleh baca fikiranya ke apa? Macam tau-tau je.


"Phantom Vampire tu kau kan?" soal Yoonji. Jimin tersentak.




"I want the truth. Tell me honestly" kata Yoonji




Selama ni Jimin terlalu berahsia denganya. Bila dia tanya pasal family, Jimin akan mengelak dan cuma cakap dia anak tunggal. Banyak benda yang dia tak tahu pasal Jimin.




"Macamana kau boleh tau?"soal Jimin. Dia dah tak boleh berahsia dengan Yoonji.


Rahsianya dah hancur.



"masa malam kita jumpa dekat library, aku nampak ada kesan darah dan bulu kambing dekat baju kau. Dari situ aku tahu kau siapa. Explain to me, who are you actually?" soal Yoonji



"betul la apa yang kau sangkakan, memang aku Vampire, Appa dan Eomma aku pun Vampire jugak" terang Jimin.




Yoonji terkejut mendengar kata-kata Jimin. Masih wujud ke manusia Vampire sekarang? Kalau abad ke 16, 17 atau zaman Abraham Lincoln  bolehla percaya. Sekarang abad ke-21, Jimin ni serpihan dari X-Men ke apa?


"yang pastinya aku tiada kaitan dengan X-Men" ujar Jimin. Macam tau-tau apa yang sedang difikirkan Yoonji




"Aku tak bagitau siapa aku sebenarnya sebab aku tak nak persahabatan kita terputus. Tentu kau tak nak kawan dengan aku kan lepas tahu aku siapa. Aku bukanya manusia normal macam kau" ujar Jimin sambil tunduk.





"aku tak peduli lah semua tu, aku tak kisah. Aku masih nak berkawan dengan kau. Aku tak pandang la benda tu semua, aku pandang ni" Yoonji menunjuk dada Jimin.





"ikhlas ke tak ni?" soal Jimin.

Mana tahu Yoonji sengaja mahu mengambil hatinya.


"ikhlas lah. Alah, kau jangan la sedih. Jom aku belanja kau makan, nak?" ajak Yoonji sambil bangun dan mengemas bukunya.



"Thank you Yoonji" senyum Jimin.


"most welcome. Dah senyum sikit" arah Yoonji dan menuju ke arah pintu library. Jimin mengambil begnya & mengikut dari belakang.

[C] Vampire's Mate [PARK JIMIN : 박 지민 ]Where stories live. Discover now