PART 11

462 36 8
                                    

"Yoonji...Yoonji.. bangun" Jimin menepuk perlahan pipi Yoonji yang terbaring di atas tanah.

Yoonji membuka matanya perlahan-lahan.

"kita kat mana ni? Kita dah mati ke" soal Yoonji selepas melihat sekeliling. Semuanya hutan!.

Jimin ketawa perlahan

"kita hidup lagi lah. Kita ada kat hutan belakang kampus ni" terang Jimin.

"macamana kita ada kat sini? Semalam bukan ke Hanki dah..."

"aku pun tak tau kenapa dia tinggalkan kita kat sini dan tak jadi bunuh aku. Sedar-sedar je kita dah ada kat sini" terang Jimin.

"adoii peningnya kepala aku, tak guna punya Hanki, berani dia cucuk aku. Sakit tau kena electric shock" Yoonji memicit kepalanya.

"thanks Yoonji. kau dah banyak tolong aku. Sampai kau sanggup bahayakan diri sebab aku. Aku rasa bersalah sangat, sepatutnya aku yang lindungi kau tapi ni dah terbalik"  Jimin mula berdrama.


"don't mention it. Jom kita balik, kau tau tak mana jalan keluar ni?" kata Yoonji.

"ikut sini" tunjuk Jimin. Yoonji hanya mengekori belakang Jimin. Setelah beberapa minit berjalan,


"auch!" jerit Yoonji sambil memegang kakinya yang terluka akibat terkena duri.

"kenapa ni?" soal Jimin sambil memegang kaki Yoonji yang sedikit berdarah.

Berdarah?! Damn

"Yoonji! Lari, aku..aku tak boleh nak kawal diri!" Jimin berundur ke belakang.

Yoonji hanya mengesot ke belakang, macamana dia nak lari kalau kaki luka macam ni?

"Lari sekarang Yoonji!" jerit Jimin.

"kaki aku sakit! Macamana nak lari?!"  soal Yoonji sambil memegang kakinya.

Angkat sahaja muka, Jimin dah berada di depanya. Matanya dah bertukar merah dan bertaring. Sepantas kilat Jimin menerkam ke arah Yoonji sehingga Yoonji terbaring di atas tanah.

"Jimin! kawal diri kau!"Yoonji menolak muka Jimin menjauhinya. Taring Jimin hampir mengenai lehernya. Tenaganya tak mampu menolak tubuh tegap Jimin.


'Pangg!'-

Yoonji melempang Jimin menyebabkan Jimin terjatuh ke tepi. Yoonji cepat-cepat bangun dan menggosok lehernya yang sedikit pedih akibat dicekik Jimin. Jimin masih terduduk memegang pipinya. Riak matanya memberi isyarat menyuruh Yoonji segera melarikan diri.


"it's me, Yoonji. Calm down, calm down, kawal minda kau. Tarik nafas perlahan-lahan, aku ada ni" Yoonji memegang tangan Jimin dengan erat.


Perlahan-lahan mata merah Jimin bertukar menjadi warna Hazel semula. Taringnya dah hilang. Yoonji tersenyum. Jimin dah boleh kawal dirinya



"Thank you Yoonji, thank you"  ucap Jimin lembut dan terus memeluk Yoonji

Yoonji yang tergamam dengan tindakan Jimin tanpa sedar membalas pelukan Jimin.


"Jimin" panggil Yoonji.


"erm?"


"boleh lepaskan aku tak? Aku tak dapat bernafas ni" kata Yoonji.

Jimin melepaskan pelukanya.

"Sorry, terlebih sudah"  sengih Jimin.

"Maaf aku terpukul kau tadi. Sakit ke?" soal Yoonji selepas melihat pipi Jimin yang sedikit lebam.

"sakitlah! Kau nampak je kecik tapi bila pukul orang memang sakit" Jimin menggosok pipinya. Kuat betul Yoonji melempangnya.

"tu namanya tamparan wanita" kata Yoonji sambil ketawa.


"dahla, jom kita balik. Aku gendong kau, kaki kau sakit kan? Naik cepat" arah Jimin.

Yoonji hanya mengikut, memang kaki dia sakit. Tak larat nak jalan.


"Jimin, kau ingat tak tarikh harini and hari apa?"soal Yoonji

"harini hari Jumaat, 30 Oktober. Kenapa?" jawab Jimin.

"yup tepat sekali, dan harini adalah hari midterm exam bahasa Perancis kau tau tak?! Cepatlah sikit jalan tu! Nanti tak sempat sampai!"  kata Yoonji


"alamak! Aku lupa harini ada midterm exam!" jerit Jimin.

Langkahnya dilajukan.

"Boleh tak jalan laju sikit? Kita ada masa lagi 3 jam sebelum exam bermula, sempat sampai ke tidak ni? Kau tak boleh terbang ke? Cepat sikit sampai"  tanya Yoonji


"hello, kau ingat aku ni keturunan Ironman? Superman? Green Lantern? Aku dah jalan sehabis laju ni, nak gendong kau lagi. Kalau ringan takpe jugak" balas Jimin.



"Ooo kau nak cakap aku ni berat lah? Turunkan aku sekarang!" arah Yoonji


"main-main jelah, janganlah marah. Sensitif betullah kau ni"  balas Jimin sambil ketawa.

Yoonji mengetap bibirnya, ceh dia tak tau ke isu berat badan ni sensitif bagi perempuan?


"kau duduk diam-diam lah. Aku akan pastikan kita sempat sampai" kata Jimin.


"Lambat sampai aku sula kau" ugut Yoonji.

Jimin hanya ketawa perlahan
*****
"Apa kena dengan kamu berdua ni? Baru lepas jatuh gaung ke apa?" soal En Kim selepas melihat keadaan Yoonji dan Jimin yang sedikit serabai.

"Yoonii takde masa nak explain sekarang, kami kena cepat! Exam berapa minit lagi nak mula. Jimin, kau bersiap kat sini jelah, pakai baju Appa aku"  ujar Yoonji sambil mendaki tangga. Jimin hanya mengangguk, memang dia dah tak sempat nak balik rumah.

[C] Vampire's Mate [PARK JIMIN : 박 지민 ]Where stories live. Discover now