PART 7

494 41 19
                                    

EPISODE 7
"Yoonji, aku tak kisah kau nak makan sambil tengok TV, tapi jangan pijak kasut aku boleh tak?" soal Jimin.

Dari tadi Yoonji asyik pijak kasutnya, sekali dua boleh dimaafkan lagi tapi ni dah berkali-kali.

"mana ada aku pijak, jangan nak tuduh" balas Yoonji yang tengah syok tengok Song Jong Ki berlakon.

"kalau bukan kau siapa?" jawab Jimin.

Mereka berdua memandang ke bawah meja. Ada anak kucing yang sedang bermain-main dengan kasut Jimin.

"wah, comel nya!"Yoonji mengambil dan meletakkan kucing tersebut di atas ribanya.

"jauhkan kucing tu! Aku takutlah!" Jimin mengesot ke dinding. Kakinya dinaikkan ke atas kerusi,

" Kau takut kucing ke?!" soal Yoonji sambil ketawa.

"Please Yoonji! aku takut ni! Jauhkan kucing tu!" Jimin menutup mukanya menggunakan tangan.

"ok..ok kucing tu dah takde. Alihkan tangan kau tu" arah Yoonji.

Jimin menurunkan tanganya dan menarik nafas lega.

"tak payah la nak gelak sampai macam tu sekali" kata Jimin apabila Yoonji sedang ketawa.

"Sorry, kucing je pun. Bukan singa, yang kau takut setengah mati ni kenapa?" tanya Yoonji.

Ini first time dia jumpa lelaki yang takut kucing.

"mata kucing tu menakutkan tau tak?" jeling Jimin. Yoonji masih ketawa, nampaknya dia dah jumpa cara macamana ugut Jimin satu hari nanti

******
"Yoonji, kenalkan, ni Eomma dan Appa aku" ujar Jimin. Yoonji tersenyum dan tunduk hormat. Eomma dan Appa Jimin dah pindah ke sini.

"apa khabar Aunty, Uncle?" soal Yoonji sopan.

"baik. Duduklah" kata En Park. Yoonji terus duduk.

"erm dah berapa lama kenal ni?" soal Pn Park pula.

"Almost 1 year, dialah satu-satunya bestfriend Jimin kat kampus" jawab Jimin.

"aik? Bestfreind je? Yoonji punyalah cantik dan baik macam ni kamu anggap bestfriend je?" usik En Park pula.

Muka Yoonji dah merah

"Appa.." Jimin menekan suaranya.

"Jimin, apa kata kamu pergi buat air kejap" arah Pn Park.

Jimin hanya menurut.

"kamu mesti dah tahu identiti sebenar Jimin kan?"  soal En Park.

Yoonji mengangguk.

"kamu tak takut? Bila-bila masa dia boleh cederakan kamu. Parut dekat lengan kamu pun mesti Jimin yang buat kan?" soal Pn Park pula.

"saya tak takut, satu hari nanti saya yakin Jimin akan jadi manusia normal balik. Saya ikhlas berkawan dengan Jimin" terang Yoonji

"we can see that. Kami patut berterima kasih dengan kamu kerana sudi berkawan dengan Jimin. Sebelum ni takde orang nak berkawan dengan. Sebab keturunan dia" ujar Pn Park.

Seketika kemudian Jimin muncul sambil membawa beberapa cawan air.

"sembang apa ni?" tanya Jimin.

"takde apelah" Yoonji menjawab.
********
"kau copy slide ni untuk aku sekali" Yoonji menghulurkan kertas. Jimin mengangguk dan menuju ke arah mesin fotostat.

[C] Vampire's Mate [PARK JIMIN : 박 지민 ]Where stories live. Discover now