PART 6

495 44 9
                                    

Sir Baek melangkah laju melalui koridor, baru tadi dia nampak kelibat Yoonji tapi sekarang kelibat tersebut dah hilang.



"cepat betul budak ni jalan, tadi ada depan aku" bisik Sir Baek. Matanya memandang kiri kanan. Sengaja dia mengekori Yoonji senyap-senyap. Ada perkara yang dia perlu selesaikan dengan gadis tersebut

**********
"Arghh!" Yoonji menjerit kesakitan apabila taring Jimin mengenai lenganya.


Nasib baik dia sempat menahan lenganya, kalau kena lehernya memang dah lama dia mati. Jimin yang mendengar jeritan Yoonji segera melepaskan gigitanya dan berundur ke belakang. Warna matanya dah bertukar menjadi warna hazel semula dan taringnya dah hilang.




"Yoonji! kau ok ke?!" soal Jimin selepas melihat lengan Yoonji yang berlumuran darah.

Ada kesan taring di situ.



"I'm okey. Sikit je ni" Yoonji mengeluarkan sapu tanganya dan membalut luka tersebut.



"jom kita pergi klinik!" Jimin menarik Yoonji.




"tak boleh! Kalau Doktor dapat kesan luka ni datang dari mana, kau dalam bahaya nanti"kata Yoonji.


Sekarang semua orang sedang sibuk mencari Phantom Vampire.

"I'm sorry Yoonji. Sebab tu aku suruh kau lari tadi, aku takut aku akan cederakan kau" Jimin bersuara perlahan.



"It's ok. Bukan salah kau lah" Yoonji memujuk Jimin.

"aku rasa aku tak boleh nak dekat dengan kau lagi, aku kena jauhkan diri dari kau. Aku tak nak kau cedera lagi. Bahaya kalau kau terus dekat dengan aku" Jimin mengambil begnya dan ingin pergi dari situ namun dihalang Yoonji.


"you need to stop blaming yourself for the thing you can't change. Aku tahu kau tak sengaja, please jangan putuskan persahabatan kita" kata Yoonji.




"tapi aku.."


"takde tapi tapi. Cepat ambil bandage dalam beg aku dan balut luka aku ni" arah Yoonji.

Jimin hanya menurut.

"tapi tadi kau cepat je tersedar masa aku jerit. Maksudnya kau dah boleh kawal diri"  ujar Yoonji.


Jimin yang sedang membalut luka Yoonji berhenti.



"tu mungkin kebetulan" Jimin tersenyum tawar.



"taklah, aku dapat rasa benda tu bukan kebetulan" Yoonji masih mempertahankan jawapanya.


"jom aku teman kau balik sampai hostel"  Jimin menarik Yoonji untuk bangun.



"lap darah kat mulut kau tu. Nanti orang nampak" kata Yoonji. Jimin segera menyapu darah yang melekat di mulutnya.

**************
Yoonji membuka pintu biliknya, dan terus berbaring di atas katil. Luka di lenganya sedikit berdenyut.


"kenapa lengan kau tu? Tadi masa kau keluar ok je, ni mesti kerja buaya karat tu kan?" Seok Ju duduk di sebelah Yoonji.


"bukanlah, aku jatuh tadi" bohong Yoonji

Takkanlah dia nak bagitau perkara sebenar.

"ingatkan buaya karat tu yang buat, aku baru nak belasah dia" Seok Ju mengepal penumbuknya, dia pun cukup benci dengan Seul Ki a.k.a buaya karat tu.


"belasah orang je kau tau. Dahla, aku nak balik rumah ni, ahad petang aku datang balik" Yoonji mencapai beg yang berisi bukunya.


"la, minggu lepas kan dah balik? Kau suka kan tinggal aku sorang-sorang kat sini?"  ujar Seok Ju.


Yoonji ketawa, dia balik pun sebab Eomma dan Appanya yang suruh.


"aku ajak balik rumah aku tak nak, bila aku tinggal banyak songeh pula. Dahla aku balik dulu"  jeling Yoonji. Seok Ju tersengih.

***********
Yoonji termenung di kerusi rehat rumahnya, memikirkan kejadian tadi. Hisy, rasa macam tak percaya. Rupanya Jimin adalah Phantom Vampire selama ni, kenapalah dia tak perasan. Tapi dia tengok ok je Jimin jalan tengah panas, selalunya Vampire tak boleh kena panas.

Yang ni Vampire zaman moden kot.



"Eomma berkenanlah dengan Jimin tu" tegur Eommanya.



"hah?! Eomma syok kat Jimin? Appa tu Eomma nak campak mana? Jangan buat hal lah Eomma" ujar Yoonji.

Tak sangka Eommanya boleh berkenan kat Jimin.

"ish kamu ni! Bukan macam tu lah, maksud Eomma, kalau dia jadi menantu Eomma kan bagus. Kamu kawan dengan dia, takkan takde rasa apa-apa?" jawab Eommanya.


Yoonji tercekik air liur dia sendiri.


"Apa Eomma merepek ni? Jimin tu bestfriend  jelah" jawab Yoonji.


Aduh, pening dia nak jelaskan dekat Eommanya.

"tu kenapa dengan lengan tu?" soal Appanya yang tiba-tiba muncul.

"jatuh" Yoonji menjawab sepatah.

Malas nak cakap lebih-lebih, nanti terlepas cakap. Bila Eommanya sebut pasal Jimin, dia teringat sesuatu,


"Yoonji masuk tidur dululah, Night Eomma Appa"  Yoonji bangun dari kerusi. Eomma dan Appanya mengangguk

[C] Vampire's Mate [PARK JIMIN : 박 지민 ]Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt