BAB 1

110 4 0
                                    

hujan renyai renyai langsung tidak diendahkan oleh Raisha . neneknya yang menangis di perkarangan kubur mama dan papanya dilihat.

" kenapa papa dengan mama kena tanam nek ? dekat dalam tu kan gelap ? kesian dekat mama dan papa nanti " ujar Raisha yang baru berumur 4 tahun itu.

nenek kalsom mendongak memandang cucunya itu , air matanya di lap lalu dia berdiri di hadapan Raisha.

" jom kita balik Raisha " ajak nenek kalsom lalu dia memimpin tangan cucunya itu.

" taknak , takkan Raisha nak tinggalkan mama dan papa dalam tanah tu , nenek tak kesihan ke dekat mama dan papa Raisha ke ? " tanya Raisha

" mama dan papa Raisha nak berehat sekejap , nanti kita datang lagi tengok mama dan papa Raisha ya " pujuk nenek kalsom.

" nenek janji tau , nanti kita pergi ke sini lagi " ujar Raisha.

" ya nenek janji , dah jom kita pergi nanti Raisha demam pula " ujar nek kalsom lalu mereka berdua keluar dari perkarangan kubur itu.

" Raisha pergi dulu ya , nanti Raisha jenguk mama dan papa tau , Raisha janji " jerit Raisha perlahan lalu dia melambai ke arah kubur mama dan papanya itu.

•••••••••••••

" apa mak cakap ? kenapa angah kena jaga anak yatim tu ? " marah puan Faridah.

" tolong lah kak long , mak harapkan kau saja lagipun mak tak mampu nak tanggung Raisha seorang diri " rayu nenek kalsom.

" apa kata mak letak je budak tu dekat rumah anak yatim sebab tu je tempat selayaknya untuk dia ! " marah puan Faridah lalu tak semena mena pipinya ditampar oleh abangnya.

" kau jangan sesekali nak tengking macam tu dekat mak , kalau kau tak nak jaga Raisha sekali pun . aku boleh jaga ! " marah encik Roslan merangkap abang kepada puan Faridah.

" hah ! baguslah kalau kau nak jaga budak tu lagipun aku meluat lah tengok muka dia " ujar puan Faridah lalu dia menapak keluar dari rumah kayu nenek kalsom itu.

semenjak abangnya iaitu ayah Raisha berkahwin dengan wanita yang dia tidak sukai . dia seakan membenci Raisha sekali kerana wajah Raisha tidak saling tumpah seperti wajah arwah ibunya.

" aku akan pastikan anak kau merana seperti mana aku meranakan kau sekeluarga Rania " ujar puan Faridah dalam hati lalu senyuman sinis mula terukir di bibirnya.

••••••••••••••

" nenek ? " panggil Raisha yang baru bangun tidur itu , matanya digosok berkali kali .

" nenek ? " panggil Raisha lagi lalu dia terus menapak ke arah ruang dapur . manalah tahu neneknya tengah masak sekarang ni.

" eh Raisha dah bangun ? cuba Raisha tengok dekat situ siapa ? " ujar nenek kalsom lalu mulutnya dijuih ke arah Aniq yang sedang berdiri itu .

Mata Raisha mula meluas apabila melihat sepupunya yang merupakan crushnya juga .

" abang Aniq !! " jerit Raisha lalu dia berlari ke arah Aniq untuk dipeluk namum dengan tidak disangka sangka Aniq mengalihkan badannya ke arah tepi menyebabkan Raisha tidak sempat memberhentikan lariannya lalu dia terjatuh menyembah lantai.

" aduh sakitnya kaki Raisha " ujar Raisha ingin menangis sambil memegang lututnya yang sedikit bercalar itu.

" tu lah , lain kali jangan nak mengada ngada nak peluk orang , kan dah calar lutut kau tu " ujar Aniq dingin . walaupun dia baru saja berumur lapan tahun namun dia sudah pandai berfikiran matang.

" Raisha rindukan abang Aniq je , abang Aniq tak rindukan Raisha ke ? " tanya Raisha yang masih terduduk di atas lantai itu.

" tak ada masa aku nak rindukan kau " ujar Aniq lalu dia melangkah meninggalkan Raisha seorang diri di dapur itu.

Raisha menundukkan kepalanya sambil menangis .

" Ya Allah , kenapa ni Raisha ? " tanya nenek Kalsom yang baru selesai sidai baju di belakang rumah itu.

" lutut kamu tu kenapa berdarah ? mari nenek sapukan ubat " ujar nenek kalsom lalu dia ingin berdiri namun segera dihalang oleh Raisha.

" tak apa sikit je ni nek lagipun Raisha boleh sapukan ubat sendiri " ujar Raisha sambil tersenyum.

Suri Hati Mr DinginWhere stories live. Discover now