BAB 7

54 5 1
                                    

" aduh dah lambat nak jemput Raisha ni , ni semua salah Amran ! " marah Aniq lalu dia memecut laju keretanya itu.

Flashback..

Tok ! Tok !

" hey Aniq , kau sibuk ke ? " tanya Amran lalu dia masuk ke dalam bilik kerja Aniq itu.

" kau nak apa ? " tanya Aniq sambil matanya masih tertacap pada skrin komputer itu.

" alaa kawan lama nak jenguk kau pun tak boleh ke ? " tanya Amran sambil ketawa.

" aku tak ada masa nak layan kau " ujar Aniq dingin lalu menyambung kembali kerjanya itu.

" wey Aniq , aku dengar dekat bawah ada cafe baru buka and ramai cakap makanan dekat cafe tu sedap , kau teman aku boleh tak ? kau jangan risau aku belanja " ujar Amran lalu membuat mukanya comelnya ke arah Aniq.

" sorry aku tak nak dan dah lewat dah ni takkan cafe tu buka lagi " ujar Aniq lalu matanya melihat jam di tangannya . sudah pukul 10 malam.

" cafe tu tutup pukul 2 lah Aniq , please lah Niq . temankan aku , aku janji lepas makan aku takkan kacau kau dah " ujar Amran lalu dia mengangkat tangannya mengangkat sumpah.

Aniq mengeluh lalu wajah kawannya yang sedang tersenyum itu dilihatnya.

" okay aku boleh temankan kau tapi sekejap je sebab nanti aku kena ambil adik aku dekat tempat kerja dia " ujar Aniq.

" okay , aku janji sekejap je " ujar Amran gembira lalu mereka berdua bangun untuk menuju ke arah cafe yang berada di bawah.

dan akhirnya akibat Amran melahap makanan sampai lima pinggan jadi Aniq terpaksa menunggunya sampaikan tidak sedar waktu sudah menunjukkan pukul 1 malam.

End Flashback..

" dah lewat macam ni pun still ramai orang lagi ke ? dah lah parking semua penuh " ujar Aniq geram lalu dia terpaksa mencari parking dan setelah beberapa minit akhirnya dia dapat juga parking walaupun jauh dari cafe Raisha itu.

Aniq keluar dari keretanya dan tidak dilupakan juga dikuncinya lalu kakinya segera berlari menuju ke arah cafe itu .

Muka Raisha memerah apabila dicubit kuat oleh Darris itu lalu dia mencebik ingin menangis.

" eh aku cubit kuat sangat ke ? aku minta maaf " ujar Darris serba salah .

" bos ingat tak sakit ke ? dah lah bos cubit hidung saya ni kuat " marah Raisha.

" alaa kuat sangat ke ? sorry lah ya " ujar Darris sambil mengaru kepalanya yang tidak gatal itu.

Larian Aniq terhenti apabila melihat Raisha sedang rancak berbual dengan Darris , keluhan dilepaskan.

" nampaknya dia dah ada kawan nak bersembang " ujar Aniq sambil tersenyum hambar lalu dia mula pergi dari situ.

" eh dah lewat sangat ni , apa kata aku hantarkan kau lagipun aku rasa boyfriend kau tu takkan jemput kau punya " pelawa Darris.

" Err " Raisha mula berfikir lalu beberapa minit akhirnya dia bersetuju .

•••••••••••••

" Assalamualaikum " Aniq memberi salam lalu masuk ke dalam rumahnya.

" Waalaikumusalam eh Aniq , Raisha mana ? " tanya puan Farah yang baru keluar dari dapur itu .

" Raisha sedang berseronok dengan boyfriend dia dekat luar ma , biar lah nanti dia pandai pandai lah balik sendiri " ujar Aniq bad mood.

" boyfriend ? kenapa mama tak tahu pun lagipun kanapa mama ada mencium bau bau kecemburuan dekat sini " ujar puan Mariam sambil ketawa . sengaja dia mahu mengusik anaknya itu.

" cemburu ? tak ada masa Aniq nak cemburu lah ma " ujar Aniq sambil memeluk tubuhnya.

" yeke ? kamu tak takut ke kalau Raisha kena sambar dengan orang lain " sengaja puan Mariam ingin menduga.

" tak " ujar Aniq sepatah lalu mukanya menoleh ke arah lain.

" okay kalau macam tu mama kena bersedia lah " ujar puan Mariam .

"bersedia untuk apa ? " tanya Aniq lalu mukanya dipaling semula ke arah mamanya.

" bersedia lah , manalah tahu nanti ada orang nak masuk meminang kan ? " ujar puan Mariam tergelak sedikit.

" hm dah lah , Aniq nak masuk bilik dulu Assalamualaikum " ujar Aniq lalu menapak menaiki tangga manakala puan Mariam mengelengkan kepalanya.

" dah suka tu cakap je lah , malu malu kucing pula " ujar puan Mariam sendirian lalu kakinya mula menapak masuk ke dalam biliknya.

••••••••••••••

" okay dah sampai bos " ujar Raisha lalu tali keselamatan ditanggalkan.

" ni rumah mak ayah kau ke ? " tanya Darris lalu menyentakkan hati Raisha.

" err ni rumah maklong dan paklong saya , mama dan papa saya dah lama tak ada " ujar Raisha perlahan.

" ouh aku minta maaf aku ta.. " ucapan Darris terus dipotong oleh Raisha.

" eh tak apa lagipun awak tak tahu kan , its okay saya tak terasa pun " ujar Raisha sambil tersenyum ke arah Darris.

" kalau macam tu saya pergi dulu ya , sampai jumpa esok " ujar Raisha sambil tersenyum lalu dia keluar dari kereta bosnya itu.

" sampai juga esok " ujar Darris tersenyum lalu keretanya terus memecut laju meninggalkan perkarangan rumah Raisha.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 14, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Suri Hati Mr DinginWhere stories live. Discover now