BAB 4

51 3 0
                                    

" Kak tolong ambilkan order dekat situ , saya nak kena hantar makanan ni dekat meja lain ni " ujar Rose yang merupakan pekerja paling muda di situ.

" ouh okay " kaki Raisha terus menapak ke arah meja yang dipenuhi lelaki itu . walaupun ni first time dia bekerja tapi dia kena lah cari duit sendiri . dia tak nak susahkan maklong dan paklongnya lagi.

" hm kamu semua nak order apa ? " tanya Raisha lalu tangannya sedia untuk mencatat.

" wow ada awek cantik lah , hm saya nak order awak untuk satu malam boleh ? " tanya lelaki itu lalu kawan kawannya semua ketawa .

" sini tempat untuk order makanan , kalau awak nak sangat awak boleh pergi dekat lorong belakang sana tu . dekat situ belambak perempuan so awak nak order untuk satu tahun pun boleh " ujar Raisha tenang.

" kurang ajar kau ya , kau tak tahu aku ni siapa ? " tanya lelaki itu berang.

" siapa eh ? kenapa saya tak kenal pun " ujar Raisha sambil membuat muka meluat.

" kau ! " marah lelaki itu lalu dia berdiri .

" mana bos kau ? aku nak saman cafe ni " ujar lelaki itu.

" alaa rilex lah bang , takkan saya cakap macam tu je awak nak sentap ? hati tisu betul " ujar Raisha sambil mengelengkan kepalanya.

" kenapa ni ? " tanya bos cafe itu lalu dengan segera Raisha menoleh ke belakang.

" kau ni siapa ? boyfriend budak ni ke ? " tanya lelaki itu sambil tangannya diajukan ke arah Raisha.

" bu... budak ? saya ni dah 20 tahun tau , suka hati awak je panggil saya budak " ujar Raisha sambil memeluk tubuhnya.

" aku bos cafe ni , ada apa apa masalah ke ? " tanya Darris dengan muka dinginnya itu .

" hah bagus pun kau datang , aku nak saman cafe ni disebabkan pekerja kau ni tiada adab langsung " kata lelaki itu.

" eh awak tu tak ada adap ! sikit sikit nak saman , macam budak budak ! " marah Raisha.

" dah cukup " ujar Darris.

" kau ni.. " tangan lelaki itu segera di hayun untuk menampar Raisha dan Raisha segera menutup matannya.

setelah Raisha tidak merasakan pipinya ditampar , matanya terus dibuka dan terus dia nampak Darris sedang menghalang tangan lelaki itu untuk menampar Raisha.

" lepaskan tangan aku lah ! " marah lelaki itu apabila Darris tidak menlepaskan tangan lelaki itu malah dipulasnya tangan lelaki itu.

" arghhh !! " jerit lelaki itu menyebabkan semua pelanggan menoleh ke arah mereka manakala mata Raisha sudah membulat kerana terkejut dengan tindakan bosnya itu.

" aku paling tak suka bila ada orang usik atau kacau pekerja aku , kau ingat aku tak tahu apa kau buat tadi ? " ujar Darris dingin lalu melepaskan tangan lelaki itu.

" alaa baiknya bos , terharu saya bila bos cakap macam tu " ujar Raisha lalu mengelap sedikit air mata terharunya itu.

Darris terus menoleh ke tepi lalu memandang wajah Raisha dengan tajam.

" hehe sambung bos " ujar Raisha sambil tersengih.

" kau ni memang tak ubah ubah kan ? dari dulu sampai sekarang tak habis habis nak kacau perempuan dekat cafe ni ? apa yang kau tak puas lagi hah ? " tanya Darris sambil menyilangkan tangannya.

" sebab kau rampas kekasih aku ! sampai bila bila aku berdendam dan aku akan hancurkan cafe kau ni suatu hari nanti " ujar lelaki itu lalu dia berdiri.

" berapa kali aku kena cakap yang aku dengan kekasih kau tu tak ada apa apa , kenapa kau masih tak faham lagi hah " ujar Darris sambil mengurut dahinya itu.

" kau ingat aku akan percaya ke bodoh ! puih " lelaki itu meludah tepat mengena muka Darris.

" dah jom kita pergi , makin meluat aku dengan cafe ni " ujar lelaki itu lalu menapak keluar dari cafe itu diikuti kawan kawannya.

Darris mengeluh lalu diangkat lengannya untuk mengelap mukanya menggunakan hujung kain lengannya.

" eh sekejap ! " jerit Raisha.

Suri Hati Mr DinginWhere stories live. Discover now