Rezeki 5

25 11 0
                                    

Wajib Menegur Saudara Muslim

عَنْ أَبِي أَيُّوبَ الْأَنْصَارِيِّ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أَنْ يَهْجُرَ أَخَاهُ فَوْقَ ثَلَاثِ لَيَالٍ يَلْتَقِيَانِ فَيُعْرِضُ هَذَا وَيُعْرِضُ هَذَا وَخَيْرُهُمَا الَّذِي يَبْدَأُ بِالسَّلَامِ

Dari Abu Ayyub Al Anshari bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Tidak halal bagi seorang muslim tidak bertegur sapa dengan saudaranya (sesama muslim) lebih dari tiga malam. Keduanya saling bertemu, tetapi mereka saling tak acuh satu sama lain (keduanya saling berpaling). Yang paling baik di antara keduanya ialah yang lebih dahulu memberi salam."

(HR Muslim No: 4643)

Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Seorang Muslim dilarang tidak bertegur sapa terhadap saudara seIslamnya melebihi tiga malam.

2. Dua  orang yang tidak bertegur apabila bertemu, yang  paling baik  antara keduanya ialah yang terlebih dahulu menyapa saudaranya dengan Ucapan SALAM.

❤️ Teguran Mesra❤️

Ayuh pastikan menjadi Muslim yang prihatin pada saudaranya. Sebarkanlah salam.

Kongsi RezekiWhere stories live. Discover now