Rezeki 18

9 4 0
                                    

Lakukan Amal Semampu Yang Boleh

عَنْ أَبِي ذَرٍّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ سَأَلْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ الْعَمَلِ أَفْضَلُ قَالَ إِيمَانٌ بِاللَّهِ وَجِهَادٌ فِي سَبِيلِهِ قُلْتُ فَأَيُّ الرِّقَابِ أَفْضَلُ قَالَ أَعْلَاهَا ثَمَنًا وَأَنْفَسُهَا عِنْدَ أَهْلِهَا قُلْتُ فَإِنْ لَمْ أَفْعَلْ قَالَ تُعِينُ ضَايِعًا أَوْ تَصْنَعُ لِأَخْرَقَ قَالَ فَإِنْ لَمْ أَفْعَلْ قَالَ تَدَعُ النَّاسَ مِنْ الشَّرِّ فَإِنَّهَا صَدَقَةٌ تَصَدَّقُ بِهَا عَلَى نَفْسِكَ

Dari Abu Dzar RA berkata: Aku bertanya kepada Nabi SAW, "Amal apakah yang paling utama?". Baginda menjawab: "Iman kepada Allah dan jihad di jalan-Nya". Kemudian aku bertanya lagi: "Pembebasan hamba manakah yang paling utama?". Baginda menjawab: "Yang paling tinggi harganya dan yang paling berharga  bagi tuannya". Aku katakan: "Bagaimana kalau aku tidak dapat mengerjakannya?". Baginda berkata: "Kamu membantu orang yang telantar atau orang bodoh yang tak mempunyai keterampilan ". Aku katakan lagi: "Bagaimana kalau aku tidak dapat mengerjakannya?". Baginda berkata: "Kamu hindari manusia dari keburukan kerana yang demikian bererti sedekah yang kamu lakukan untuk dirimu sendiri".

(HR Bukhari No: 2383) Dar Ibn Kathir.

Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Amal yang paling utama adalah beriman kepada Allah dan jihad di jalan-Nya.

2.  Pembebasan hamba yang paling utama ialah yang paling tinggi harganya dan yang paling berharga  bagi tuannya (pengorbanan yang paling utama ialah memberi sesuatu yang paling berharga dan disayangi).

3.  Jika tidak berkemampuan menyumbang sesuatu yang paling berharga yang ada pada diri, bantulah orang yang telantar atau lemah.

4.  Jika tidak mampu juga, buatlah sesuatu yang boleh menghindari manusia dari keburukan atau musibah.

❤️ Teguran mesra❤️

Buatlah apa juga amal baik walaupun kecil mengikut kemampuan, moga ia menjadi sedekah untuk diri kita.

Kongsi RezekiWhere stories live. Discover now