Rezeki 19

8 3 0
                                    

Mukmin Yang Dikagumi

عَنْ صُهَيْبٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَجَبًا لِأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَاكَ لِأَحَدٍ إِلَّا لِلْمُؤْمِنِ إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ

Daripada Shuhaib RA ia berkata, Rasulullah SAW bersabda : “Amat menakjubkan urusan seorang Mukmin kerana setiap urusannya adalah baik dan itu tidak akan berlaku kepada seorang pun kecuali kepada seorang Mukmin (yang sempurna keimanannya). Jika dia mendapat sesuatu yang mengembirakan dia bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya. Jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka itu adalah kebaikan baginya.”

(HR Muslim No: 5318)

Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Mukmin yang dikagumi ialah yang sentiasa reda setiap yang berlaku keatas dirinya.

2.  Mukmin yang sempurna sentiasa bersyukur diatas  setiap  kebaikan atau nikmat yang diperolehi. Syukur itu diperlihatkan pada lima perkara:

a.  Tunduk dan merendah kepada Allah, zat yang disyukuri
b.  Cinta kepada Allah
c.  Mengakui bahawa nikmat itu adalah pemberian Allah
d.  Memuji Allah dengan lisan dan perbuatan atas limpahan nikmat tersebut
e.  Tidak memanfaatkannya dalam perkara yang dibenci Allah.

3.  Mukmin yang dikagumi itu ialah apabila mendapat keburukan atau musibah, dia bersabar dan reda.

4.  Ibnu Qayyim menyatakan, sabar merupakan setengah dari keimanan dan setengahnya lagi adalah syukur.

❤️ Teguran mesra❤️

Moga kita menjadi mukmin yang dikagumi.

Kongsi RezekiWhere stories live. Discover now