Rezeki 7

20 11 0
                                    

Mulakan Doa Dengan Pujian Dan Selawat

عَنْ فَضَالَةَ بْنِ عُبَيْدٍ قَالَ بَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَاعِدٌ إِذْ دَخَلَ رَجُلٌ فَصَلَّى فَقَالَ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي وَارْحَمْنِي فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَجِلْتَ أَيُّهَا الْمُصَلِّي إِذَا صَلَّيْتَ فَقَعَدْتَ فَاحْمَدْ اللَّهَ بِمَا هُوَ أَهْلُهُ وَصَلِّ عَلَيَّ ثُمَّ ادْعُهُ قَالَ ثُمَّ صَلَّى رَجُلٌ آخَرُ بَعْدَ ذَلِكَ فَحَمِدَ اللَّهَ وَصَلَّى عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّهَا الْمُصَلِّي ادْعُ تُجَبْ

Dari Fadhalah bin 'Ubaid, ia berkata; ketika Rasulullah SAW duduk bersama kami (di masjid), tiba-tiba seseorang masuk dan melakukan solat dan berdoa: Ya Allah, ampunilah aku dan rahmatilah aku. Kemudian baginda berkata: "Engkau telah tergesa-gesa wahai orang yang melakukan solat. Apabila engkau melakukan solat dan duduk maka pujilah Allah dengan pujian yang menjadi hakNya, dan berselawatlah kepadaku, kemudian berdoalah kepadaNya!" Kemudian terdapat orang lain setelah itu yang melakukan solat lalu memuji Allah, dan berselawat kepada Nabi SAW, kemudian Nabi SAW berkata: "Wahai orang yang melakukan solat, berdoalah maka akan dikabulkan doamu!"

(HR Tirmizi No: 3476) Dar Kutub Ilmiyyah.

Status: Hadis Disahihkan Albani dalam Sahih Tirmizi

Pengajaran:

1.  Berdoa jangan tergesa-gesa dengan tidak menjaga adab berdoa.

2.  Apabila berdoa, hendaklah dimulakan dengan pujian kepada Allah (ucapan Alhamdulillah) dan diikuti dengan selawat ke atas Nabi baru diikuti dengan doa permohonan.

3.  Antara tempat dan waktu yang baik berdoa ialah selepas menunaikan solat.

4. Orang yang solat kemudian berdoa  memulakan dengan pujian pada Allah dan diikuti dengan doa, doanya akan dikabulkan.

❤️ Teguran Mesra❤️

Marilah kita menjaga adab-adab berdoa, dimulakan dengan pujian kepada Allah, berselawat ke atas nabi kemudian barulah berdoa meminta apa yang ingin diminta. Doa ditutupi dengan selawat dan diakhiri dengan pujian kepada Allah.

Kongsi RezekiWhere stories live. Discover now