Rezeki 10

22 11 4
                                    

Dibangkitkan Bersama Orang Yang Dicintai Di Hari Kiamat

عَنْ أَبِي وَائِلٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ الْمَرْءُ مَعَ مَنْ أَحَبَّ

Dari Abu Wa'il dari Abdullah dari Nabi SAW bahwa baginda bersabda: "Seseorang akan bersama dengan orang yang dicintainya."

(HR Bukhari No: 5702)

Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Berkawanlah dengan orang yang soleh dimana sahaja kita berada.

2.  Cintailah orang yang soleh kerana seseorang akan dibangkitkan di hari kiamat bersama dengan orang yang dicintai.

قِيلَ لِلنَّبِىِّ – صلى الله عليه وسلم – الرَّجُلُ يُحِبُّ الْقَوْمَ وَلَمَّا يَلْحَقْ بِهِمْ قَالَ الْمَرْءُ مَعَ مَنْ أَحَبَّ

Ada yang berkata pada Nabi SAW, “Ada seseorang yang mencintai suatu kaum, namun ia tak pernah berjumpa dengan mereka.” Nabi SAW  lantas bersabda, “Setiap orang akan dikumpulkan bersama orang yang ia cintai.”

(HR Muslim  no:  2640)

Status: Hadis Sahih

❤️ Teguran Mesra❤️

Semoga orang yang kita cinta boleh memberi syafaat kepada kita di Syurga nanti.

Kongsi RezekiDonde viven las historias. Descúbrelo ahora