Rezeki 21

7 3 0
                                    

Pahala Amal Berterusan Walaupun Ketika Sakit

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ أَحَدٍ مِنْ الْمُسْلِمِينَ يُصَابُ بِبَلَاءٍ فِي جَسَدِهِ إِلَّا أَمَرَ اللَّهُ تَعَالَى الْحَفَظَةَ الَّذِينَ يَحْفَظُونَهُ قَالَ اكْتُبُوا لِعَبْدِي فِي كُلِّ يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ مِثْلَ مَا كَانَ يَعْمَلُ مِنْ الْخَيْرِ مَا دَامَ مَحْبُوسًا فِي وَثَاقِي

Dari Abdullah bin 'Amru RA berkata: Nabi SAW bersabda: "Tidaklah salah seorang dari kaum muslimin yang terkena musibah pada tubuhnya kecuali Allah akan menyuruh kepada para Malaikat yang selalu menjaganya, Allah berfirman: "Tulislah untuk hamba-Ku di setiap siang dan malam dengan amal kebaikkan sebagaimana amal kebaikkan yang biasa ia lakukan, iaitu selama ia terpenjara oleh sakit yang Aku berikan."

(HR Ahmad No : 6574)

Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Setiap Muslim yang diuji dengan kesakitan dan bersabar dengannya akan mendapat ganjaran pahala di sisi Allah.

2.  Muslim yang bersabar dengan musibah yang dihadapi akan tetap mendapat ganjaran pahala sepanjang siang dan malam seperti apa yang biasa dilakukan semasa sihat.

3.  Lakukanlah sebaik-baik amal semasa sihat kerana akan ditulis berterusan oleh Malaikat sebagai amal soleh walaupun ketika dia sakit dan tidak mampu melakukannya.

❤️ Teguran mesra❤️

Beruntunglah seorang Muslim yang sentiasa ditulis oleh Malaikat dengan amal soleh, walaupun tidak dapat melaksanakannya ketika ditimpa musibah. Disamping mendapat keampunan dosa, dia tetap mendapat pahala seperti sewaktu dia sihat.

Kongsi RezekiWhere stories live. Discover now