BAB 1

1.8K 154 30
                                    





AIREEN QAISARA melihat cincin tunang di jarinya. Dimain-mainkan cincin itu dengan senyuman. Kurang sebulan lagi dia akan bertukar status menjadi seorang isteri kepada lelaki yang dia cinta.

Argh! Tak sabar!

Harith Idham.

Lelaki yang sudah terpahat di hatinya sejak di bangku sekolah lagi. Setiap kali pertemuan Aireen dengan Harith membuatkan jantung Aireen mengepam lebih laju dari biasa.

Cuma sewaktu sekolah, Aireen hanya mampu memandang Harith dari jauh kerana Aireen tahu lelaki sekacak Harith tidak mungkin akan melihat dirinya sehinggalah suatu hari keluarga Harith datang bertandang ke rumahnya.

Rupa-rupanya ayah Aireen dan ayah Harith merupakan sahabat baik dan sejak dari itu keluarga mereka mula rapat seperti adik beradik.

Boleh dikatakan setiap bulan pasti mereka akan berkunjung ke rumah masing-masing.

Harith juga mula berkawan rapat dengan Aireen dan menjaga Aireen ketika di sekolah dahulu. Harith merupakan pelajar cemerlang manakala pencapaian Aireen di takat sederhana.

Mereka selalu ulangkaji bersama dan dari situlah juga perasaan Aireen dari minat mula bertukar mejadi sayang dan cinta.

"Cik Aireen. Dah boleh masuk ya."

Lamunan Aireen terhenti tatkala suara itu menyapa. Aireen memandang pekerja butik itu lalu dia mengukir senyum. Hari ini dia datang ke butik untuk mencuba pakaian pengantin yang sudah ditempahnya sebulan lepas.

Selesai memakai persalinan songket itu, Aireen melihat ke dalam cermin. Dia senyum bila melihat baju itu terletak elok di badannya. Cantik.

"Yang pengantin lelaki ni, bila nak datang fitting ya?" Soal pekerja butik itu.

"Oh minggu depan dia datang. Sekarang dia outstation." Balas Aireen tanpa memandang pekerja itu. Dia masih lagi melihat dirinya ke dalam cermin besar itu.

Pekerja butik itu mengangguk. Dia pelik juga kerana Aireen datang seorang diri ke butik ini. Biasanya kalau tiada pasangan, mereka akan datang dengan keluarga.

Keluar dari butik Aireen menghantar mesej pada tunangnya.

Reen dah siap fitting. Abang jangan lupa datang fitting. - Aireen

Okey. - Harith

Aireen senyum bila mendapat balasan dari Harith. Lelaki ini memang kurang bercakap tetapi tidak mengapa.

Sekurang-kurangnya Aireen tahu Harith tidak akan melayan perempuan lain kerana sikap dingin lelaki ini.




SEMINGGU selepas itu, Aireen pulang dari kerja. Dia menanggalkan helmet di kepala. Di tangannya terdapat beg kertas yang berisi bekal kosong. Setiap hari dia akan membawa bekal ke tempat kerjanya.

Untuk berjimat? Ya itu salah satu sebabnya. Selain itu dia juga tak suka berada di kawasan terbuka dan ramai orang.

Aireen bekerja sebagai pekerja am di sebuah kedai alat tulis di kampungnya.

Walaupun Aireen berkelulusan diploma, tetapi Aireen sukar mendapatkan pekerjaan sesuai dengan kelayakannya. Daripada memilih, Aireen cuma mengikut di mana rezekinya tertulis. Akhirnya sudah hampir lima tahun dia bekerja di situ.

Masuk ke dalam rumah Aireen melihat mak dan ayahnya berbual dengan serius di ruang tamu. Keluarga mereka keluarga sederhana.

Ayahnya, Tuan Azman merupakan pesara. Maknya pula Puan Saerah seorang guru tadika dan kini juga telah menjadi suri rumah sepenuh masa.

TAKDIR YANG SAMA [ongoing]Where stories live. Discover now