BAB 11

1.6K 160 20
                                    



AIREEN mengambil tempat duduknya kembali. Seperti biasa Luthfiya mahu menempel dengannya.

"Kak Reen, Fiya nak tu boleh?" Luthifya menunjukkan kentang goreng dalam pinggan Aireen.

"Boleh.." Aireen mengambil pinggannya lalu diletakkan dihadapan Luthfiya namun Luthfiya menggeleng kepalanya.

"Suapkan.." pinta Luthfiya dengan manja. Melihat wajah yang comel itu Aireen mendengus.

Nasib baik kau comel tau.

Aireen menyuakan kentang ke mulut kecil itu lalu Luthfiya makan dengan gembira. Bila dia mahu lagi, dia mencuit lengan Aireen.

"Dah macam mak dengan anak.." Tegur Husna pula. Suka dia melihat budak comel itu. Siapa saja yang tak suka Luthfiya. Walaupun nampak sombong tetapi budak itu comel sangat!

"Apa kau ni Una.." Tegur Aireen pula tak suka dengan komen itu. Risau juga ada yang salah faham nanti.

"Betul ke? Kak Reen nampak macam mummy I ke?" Luthfiya menyengetkan kepala memandang Husna di sebelah Aireen.

Husna mengangguk namun bila Aireen menjegilkan matanya Husna terus memandang ke arah lain. Takut!

"Nak lagi ke?" Soal Aireen.

"Tak nak. Nak air tu." Luthfiya tunjukkan gelas minuman Aireen.

Sekali lagi Aireen menghulurkan gelas itu pada Luthfiya. Tanpa Aireen sedar, ada mata memandang ke arahnya ketika itu.

Selesai acara makan-makan itu, Qaleef membenarkan pekerjanya menggunakan set karaoke di dewan. Masing-masing memang teruja kerana jarang mereka boleh menggunakan fasiliti di restoran ini kerana kekangan kerja.

Aireen menggeleng kepala bila Raihana mula menyanyi lagu galau. Dengan penuh perasaan pula tu. Dia memang tahu Raihana kaki menyanyi. Sebut saja lagu apa, pasti dia tahu.

"Kak Reen tak nak nyanyi ke?"

Aireen menggeleng kepalanya. "Fiya tak mengantuk ke? Dah lewat ni." Jam menunjukkan hampir sebelas malam.

"Ngantuk.. tapi daddy ada work kejap dekat atas." Aireen yang perasan Luthfiya menguap kecil terus dia menekup mulut itu dengan tangannya.

Kesian pulak budak ni. Takkan nak tidur dekat sini? Bising. Fikir Aireen. Dia mencari Zack untuk membawa Luthfiya kepada Qaleef namun bayang Zack pun tiada.

"Jom.. kita tidur atas sofa dekat luar."

Luthfiya cuma mengangguk kerana dia sudah terlalu mengantuk. Aireen menghantar mesej pada Raihana memandangkan dia datang bersama Raihana malam ini. Bimbang Raihana tidak perasan dirinya.



QALEEF memandang jam di pergelangan tangannya.

Dah pukul 11? Qaleef menepuk dahi. Dia terlupa pada Luthfiya di bawah. Fikirnya sekejap saja mahu menandatangan dokumen. Terus dia bangun dan mencari anaknya di bawah.

Keluar dari lif, Qaleef terpandang Luthfiya elok saja tertidur di riba Aireen. Aireen pula sudah terlentok di sisi sofa. Sama keadaannya semasa di rumah Puan Ramlah dulu. Tanpa sedar bibirnya mengukir senyum.

Qaleef memandang sekelilingnya dan ternyata bunyi bising dari dewan menandakan pekerjanya masih lagi seronok menyanyi. Sekali sekala bagi peluang pada pekerjanya bersuka ria, apa salahnya. Dia melangkah ke arah Aireen.

Tidak mahu mengejutkan Aireen, Qaleef mengangkat anaknya. Dia berfikir-fikir perlu ke dia mengejutkan Aireen? Wajah itu nampak seperti lena.




"REEN.. Reen.. bangun Reen.."

Aireen membuka matanya bila terasa pipinya ditepuk lembut. Terus dia melihat kiri kanannya.

TAKDIR YANG SAMA [ongoing]Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum