BAB 2

1.2K 100 11
                                    




"ABANG! ABANG!" Puan Saerah menjerit memanggil suaminya.

"Apa dia Sa? Kenapa terjerit-jerit ni?"

"Reen bang.. Aireen dah tak ada. Aireen dah pergi abang.." Puan Saerah menarik tangan suaminya ke bilik Aireen. Bilik itu sudah kosong.

"Hmm.." Tuan Azman menggumam seraya melihat sekeliling bilik anaknya. Dia tak sangka Aireen senekad ini.

"Abang.. apa kita dah buat abang? Anak kita bukan kenal dunia luar tu.." Rintih Puan Saerah.

"Biarlah dia Sa.. dia dah besar. Pandai-pandailah dia hidup. Nanti dia dah puas hidup dekat luar, dia baliklah." Ujar Tuan Azman sebelum berlalu dari situ.

"Abang! Sampai hati abang. Semua salah kita abang.. kita yang layan Aireen macam tu. Kita langsung tak pedulikan perasaan Aireen. Kita kena cari dia abang." Rayu Puan Saerah lagi.

Awal pagi dia bangun hari ini masakkan sarapan kegemaran Aireen untuk memujuk anaknya itu.

"Biarlah dia bertenang dulu Sa." Sejurus mengatakan itu Tuan Azman keluar dari rumah.

Di dalam kereta Tuan Azman mengetuk stereng keretanya.

"Ayah minta maaf Reen. Semua salah ayah." Akibat mahu menebus segala kekecewaan anaknya dahulu, sekali lagi Tuan Azman telah menambah luka yang besar pada Aireen.

Tuan Azman kembali teringat kisah tahun lepas. Semua ini bermula apabila ada kejadian besar berlaku dalam keluarga mereka tahun lepas.


Ketika itu mereka mahu menyambut hari lahir Aira yang ke 22 lebih awal dari biasa kerana Tuan Azman akan ke luar negeri pada tarikh hari lahir Aira.

Hari itu, Tuan Azman dan Puan Saerah mula menghias rumah dan membuat juadah kesukaan Aira. Kek juga sudah ditempah mengikut tema kesukaan Aira iaitu kek bertemakan kumpulan K-Pop kegemarannya.

Aireen pulang awal hari ini setelah mendapat panggilan daripada ibunya. Walaupun Aireen tidak tahu kenapa ibunya menyuruh dia pulang awal tetapi dia tersenyum.

Akhirnya, ibu ingat juga.

Aireen meminta pelepasan untuk pulang awal hari itu. Nasib baik ketuanya sedang dalam mood baik.

Aireen mematikan enjin motornya di laman rumah. Dari luar dia boleh nampak beberapa buah kereta yang elok saja terpakir di depan rumahnya.

Aireen senyum dan melihat banyak kasut dan selipar di depan pintu rumah. Dia turut kenal beberapa buah kereta di hadapan rumahnya itu.

"Assalamulaikum!" Aireen memberi salam.

"Waalaikumussalam. Reen! Jom cepat kita nak bergambar ni." Puan Saerah terus menarik tangan anaknya ke meja yang sudah terhidang kek dua tingkat itu.

Aireen sempat membaca banner di dinding.

'Happy birthday princess Aira.'

Tangan Aireen yang mula menggeletar dikepalkan. Dia cuba menayang riak tenang walaupun hatinya sudah bergolak hebat.

Selesai bergambar, Puan Saerah menyuruh Aireen menambah lauk untuk tetamu mereka. Ayah ibunya menjemput saudara-mara terdekat, jiran dan juga kawan-kawan Aira.

Aireen masuk ke dapur dengan langkah yang lemah.

Hari ni.. hari ni hari jadi aku. Tapi kenapa mereka sambut birthday Aira? Rintih Aireen.

Tarikh lahir mereka berdua memang rapat. Cuma selang seminggu sahaja. Tetapi dari dia kecil hanya hari jadi Aira sahaja yang disambut. Aireen pula cuma menumpang kek Aira.

TAKDIR YANG SAMA [ongoing]Where stories live. Discover now