BAB 3

1.1K 91 9
                                    



"LUTHFIYA! Datang sini! Daddy cari you merata-rata boleh pula you duduk dekat luar ni?" Marah lelaki itu pada anak perempuannya yang berumur lima tahun itu.

"Akak.. Fiya takut.."

Aireen terasa tangan kecil itu memeluk pahanya. Maklumlah budak kecil.

"Encik ni siapa?" Soal Aireen pada lelaki itu. Memandangkan lelaki tu agak tinggi, dia terpaksa mendongak. Melihatkan pakaian lelaki ini, takkan lelaki ini penculik kot?

"Kau siapa?"

Aireen mula bercekak pinggang. "Saya tanya encik dulu kan? Encik siapa?"

Lelaki itu tidak menghiraukan soalan Aireen lalu dia menarik lengan Luthfiya yang berpegang kemas pada kaki Aireen.

"No.." rengek Luthfiya sambil menarik baju Aireen.

Makin berkerut dahi Aireen bila badannya terkedepan. Kuat pula tangan budak kecil ni.

"Encik. Dia tak naklah! Betul ke encik ni ayah dia? Kalau ayah dia takkan dia tak nak? Ke encik dera dia?" Soal Aireen bertalu-talu sambil menarik lengan Luthfiya. Memang dia tak suka budak, tapi dia juga tak suka keganasan.

"Kau jangan sibuklah hal aku!" Lelaki itu merentap tangan Aireen sehingga terlepas pegangan tangan Aireen pada Luthfiya.

"Awww!" Berkerut dahi Aireen bila tangannya direntap lelaki itu. Sakit!

"Daddy.." Luthfiya terus menangis bila melihat babahnya berkasar dengan kakak yang baru dijumpainya. Dia tak suka daddy nya berkasar. Semakin lama tangisan dia semakin kuat.

Aireen melihat orang ramai sudah memandang mereka. Dia tak suka dengan perhatian seperti ini. Aireen ingin berlalu namun seluarnya terasa seperti ditarik.

"Apa lagi budak kecik?!" Soal Aireen sedikit geram. Sudahlah dia ada masalah, dia tidak mahu menambah lagi masalah baru.

"Fiya minta maaf."

Aireen menarik nafas panjang sebelum menjeling lelaki tadi.

"Pergilah ikut daddy kau tu." Aireen menarik kembali seluarnya. Ni kalau terlondeh, tak ke free free orang boleh tengok? Ish! Minta jauh.

"Dengan budak kecik pun berkasar ke?" Sindir lelaki itu bila mendengar Aireen menggunakan perkataan 'kau' dengan budak.

Aireen memandang lelaki itu dengan budak perempuan kecil di sebelahnya silih berganti. Dua-dua kuat berdrama rupanya. Aku pula yang dikatakan kasar.

Tanpa berlengah Aireen terus meninggalkan kawasan itu. Sebenarnya dia menunggu Raihana di luar bangunan itu.

Raihana kena masuk kerja dulu dan dalam masa yang sama dia mahu bertanyakan kerja kosong untuk Aireen.






AIREEN masuk ke dalam rumah milik Raihana. Dia agak segan sebenarnya. Hari pertama melarikan diri sudah pun menyusahkan orang lain.

Raihana cuma tahu dia melarikan diri kerana putus tunang sahaja. Selebihnya biarlah dia simpan sendiri.

"Reen. Tu bilik adik aku. Kau duduklah situ sementara adik aku pergi belajar. Jangan risau dia tu dua tiga bulan sekali baru balik rumah." Raihana menunjukkan ke arah sebuah bilik.

Aireen mengangguk. "Adik kau lelaki ke perempuan?"

"Lelaki." Balas Raihana sepatah sambil membuka tudungnya. Selamba saja dia lemparkan tudungnya ke atas sofa.

Wajah Aireen terus berubah. Dia kena tidur dalam bilik lelaki ke?

"Alah dia tak kisah pun. Aku dah bagitahu dia tadi." Tambah Raihana lagi bila wajah Aireen berubah.

TAKDIR YANG SAMA [ongoing]Where stories live. Discover now