BAB 9

1.3K 154 15
                                    




"EH kenapa ni Cik Fiya?" Raihana dan Aireen mula menggelabah.

Bahu Luthfiya mula terhinjut. "Kak.. Kak Reen panggil Fiya.. Cik Fiya.. Kak Reen dah tak sayang Fiya.. Huwaaa.." Raung Luthfiya tanpa melihat kiri kanan.

Ada beberapa orang lalu lalang memandang ke arah mereka ketika ini.

Aireen menepuk dahi.

Budak ni dah kenapa? Salah ke aku panggil Cik Fiya?

Raihana pun panggil dia begitu kan?

"Kenapa ni Fiya?"

"Daddy!" Luthfiya menghulurkan tangan pada Qaleef minta didukung.

Dengan pantas Qaleef mendukung anaknya itu. "Hey.. kenapa ni? Kenapa nangis? Tell me.."

"Kak Reen tak sayang I.." adu Luthfiya dengan wajah yang sudah merah.

Qaleef memandang Aireen dengan pandangan tajam. "Mind to explain?"

Aireen memandang Raihana meminta pertolongan. Raihana cuba menjawab.

"Tak ada apa-apa-"

"Saya tanya Aireen Qaisara. Bukan awak Raihana." Tegas Qaleef memotong percakapan Raihana.

Raihana menelan liur. Nama panjang pula bos dia petik. Terus terdiam. Dia memberi isyarat pada Aireen supaya Aireen menjelaskan hal sebenarnya.

Aireen berdecit. Tak habis-habis menyusahkan akulah budak ni.

"Mana saya tahu. Dia tiba-tiba nangis cakap saya tak sayang dia sebab saya panggil dia Cik Fiya." Jelas Aireen.

"That's it?" Qaleef mengecilkan matanya. Takkan sebab tu je?

Aireen mengangkat bahunya. Dia kembali menikmati aiskrim di hadapannya. Mahal aiskrim ni, dia kena habiskan. Lagipun ini pertama kali dia makan aiskrim semahal ini.

Qaleef meletak anaknya ke bawah lalu dia duduk untuk menyamai ketinggian anaknya itu.

Qaleef memandang wajah Luthfiya. "Sebab tu je you menangis?"

Luthfiya mengangguk lalu menyeka air matanya dengan belakang tapak tangan. Dia tak suka Aireen memanggilnya seperti pekerja Qaleef yang lain.

"So you nak dia panggil you apa?" Soal Qaleef.

"Fiya."

Qaleef menahan senyum. Comel saja anaknya ketika ini. "So ask her to call you Fiya nicely."

Luthfiya menuju ke sisi Aireen dan menarik lengan baju gadis itu. "Boleh tak Kak Reen panggil Fiya, Fiya?" Dia mengelipkan mata seperti anak kucing.

Aireen memandang Raihana dan Raihana mengangguk. Sempat juga dia memandang riak selamba Qaleef itu.

"Okey Fiya." Akhirnya Aireen mengalah. Tak apalah, asalkan tidak dipanjangkan isu ini.

"Yeay! I love you kakak cantik!" Luthifya melompat sedikit dan mengucup pipi Aireen itu.

Aireen agak terkejut dengan kelakuan Luthfiya itu.

Macam tu pun boleh gembira?

Qaleef memandang anaknya dengan hairan. Luthfiya jarang mahu dekat dengan orang dan biasanya dia akan ber 'I U' dengan orang yang dia baru jumpa.

Tapi kenapa dengan Aireen lain? Aireen ada bagi dia apa-apa ke?

Luthfiya kembali duduk di kerusinya. "Kak Reen dah sihat ke?"

"Dah.." Balas Aireen sepatah.

"Bolehlah Kak Reen datang restoran. Fiya hari-hari tunggu Kak Reen." Ujar Luthfiya dengan mulut muncungnya.

TAKDIR YANG SAMA [ongoing]Where stories live. Discover now