BAB 8

1.6K 150 18
                                    



AIREEN menghempaskan dirinya ke atas katil. Dia memandang ke syiling dengan fikiran yang kosong.

Ya, kosong. Perbualan dia dengan Qaleef tadi pun langsung tidak terkesan di hatinya. Dia sudah terbiasa.

Dia sudah terbiasa disakiti. Dia sudah biasa tidak dapat apa yang dia nak. Pastinya dia sedih, dia manusia biasa. Dia akan sedih, dia akan menangis namun selepas itu fikirannya kembali kosong. Itulah Aireen Qaisara.

Aireen menoleh ke sisi katil. Dia terpandang besen kecil bersama tuala. Keluhan dilepaskan.

"Kenapalah budak kecik tu suka cari aku? Padahal aku langsung tak layan dia elok-elok." Gumam Aireen. Dia bukan bencikan budak, tapi dia trauma dengan budak-budak.

Aireen kembali teringat kejadian sebelum dia mendapat kerja di kedai alat tulis itu. Dia sebenarnya pernah bekerja di sebuah taska namun cuma bertahan selama tiga hari.

Tak ada siapa pun yang tahu dia bekerja di situ termasuk ibu bapanya.

Hari pertama hari sesi berkenalan dengan kanak-kanak di taska. Semuanya berjalan dengan lancar dan ramai yang sukakan dirinya.

Hari ke dua ada pergaduhan antara kanak-kanak di situ. Aireen cuba leraikan dan bertanya kepada mereka apa yang berlaku.

"Aiman yang buat dulu teacher. Aiman tarik rambut saya." Adu Tisha yang berumur lima tahun itu sambil menggosok kepalanya.

"Mana ada. Tisha tu cubit Aiman." Balas Aiman pula dengan mulut memuncung.

Kedua-dua mereka tak nak mengalah dan saling bergaduh. Kebetulan cuma Aireen sahaja di situ kerana cikgu-cikgu lain keluar membeli barang seketika.

Aireen yang kurang pengalaman itu menyuruh mereka berbaik dan bersalam antara satu sama lain.

Tetapi pada hari ketiga, ibu bapa Aiman datang bertemu dengan pengusaha taska. Mereka membuat aduan yang ada guru mencubit anak mereka.

Puncanya kerana mereka perasan ada kesan cubit di tangan Aiman.

Bermati-matian ibu bapa itu menuduh Aireen kerana anaknya ada menyebut nama Aireen lalu Aireen menceritakan hal yang sebenar.

Silap dia juga terlupa untuk maklum kejadian itu kepada cikgu-cikgu lain. Baginya budak bergaduh itu cuma perkara biasa.

Bila disuruh Aiman cerita kembali apa yang berlaku, Aiman cuma mendiamkan diri.

Mungkin takut?

Entahlah. Disebabkan tadika itu tidak mempunyai CCTV, Aireen dipersalahkan. Bila ditanya pada Tisha, Tisha juga tidak bersuara malah menangis.

Pengusaha taska itu tidak mahu isu ini dibesarkan terus memecat Aireen. Sejak dari itu, Aireen jauhkan dirinya dari budak-budak.

Memanglah tak semua budak macam tu, tapi bagi Aireen lebih baik dia mencegah.

Sama juga setelah dia bekerja di kedai alat tulis itu, ada seorang budak mengambil sebatang pen dan masukkan ke dalam poket.

Aireen tidak menuduhnya mencuri namun Aireen menyuruh budak itu keluarkan pen itu.

Tetapi budak itu tidak mahu malah dia mengadu pada ibunya yang Aireen menuduhnya mencuri. Nasib Aireen baik ada CCTV di kedai itu.

Ada lagi beberapa kejadian yang membuatkan Aireen trauma dengan budak.

Jadi Aireen membuat kesimpulan yang dia tidak mempunyai nasib yang baik dengan budak.

Tapi dia tak buta, dia nampak Luthfiya tu ikhlas. Cuma dia tak selesa bila mereka terlalu rapat.





TAKDIR YANG SAMA [ongoing]Where stories live. Discover now