#1 Rahsia

5.2K 273 21
                                    

Aku seorang perempuan yang cantik. Dikira agak baik budi pekertinya dan mempunyai senyuman manis yang mampu mencairkan hati-hati lelaki. Kerlingan manja mata aku yang redup mampu menjatuhkan sesiapa sahaja ke ribaanku.

Hari ini sengaja aku berdandan lebih kerana mahu berjumpa seseorang yang istimewa. Aku mengenakan gincu merah darah, pembayang mata coklat, maskara yang hitam pekat, juga pembayang pipi merah jambu. Bajuku pula Kebaya Nyonya sendat dan kain batik lipat. Setiap lekuk tubuhku jelas kelihatan. Semuanya aku rasakan sempurna.

Usai bersiap, aku keluar ke pekan yang terletak kira-kira 5 kilometer dari rumahku menaiki teksi. Aku sudah bilang pada insan istimewa itu supaya tunggu sahaja di sana. Aku akan tiba dan bermesra dengannya sehingga dia puas.

Kira-kira sepuluh minit kemudian, teksi memberhentikan aku di pekan. Seperti biasa, senyuman manisku diberi supaya wang tambang tidak perlu dibayar. Aku bergegas keluar dari teksi dan menuju ke bilik hotel 111, seperti yang diminta olehku.

Buka sahaja pintu, aku lihat si dia sudah terbaring di atas katil, dengan hanya berseluar dalam jenama XX yang mungkin dibelinya di pasar malam. Serta merta aku baring di sebelahnya, mengelus manja dada itu.

"Mah ada simpan satu rahsia, Bang Jib," ujarku.

"Apa dia?" Abang Jib kelihatannya sudah bersedia. Lirikan matanya nakal memandang tubuhku yang seperti hourglass.

"Abang kena tutup mata dulu. Baru Mah beritahu."

Dia tersengih mendengar kata-kataku. "Aum. Bab bab tutup mata abang tak kisah, Mah. Kan abang pernah cerita abang hebat 'mencari' dalam gelap."

"Ah, abang ni. Gatalnya." Lengannya aku cubit. "Abang tutuplah mata kalau nak tahu rahsia Mah."

"Okey, apa-apa sahaja untuk Mah."

Aku tersenyum melihat Abang Jib memejamkan matanya. Perlahan-lahan aku mengesot, menaiki badannya yang tidak dilitup seurat benang. Bibirku mendekati lehernya.

"Abang jangan beritahu sesiapa mengenai rahsia Mah ya."

"ARGHHHHHHH!"

Jeritan Abang Jib memuaskan aku. Matanya membulat, mulutnya ternganga. Darah mula membasahi cadar dan menyisip masuk ke rongga-rongga tilam. Aku terus menggigit leher itu dan mengoyakkannya menggunakan gigi taringku. Badan Abang Jib meronta-ronta kesakitan. Matanya pula memandang mataku tepat, merayu supaya dilepaskan.

Aku berhenti seketika, memandang mata kuyu itu dengan senyuman yang lebar. Darah yang menyaluti dua ulas bibirku dijilat penuh asyik sebelum aku membenamkan sekali lagi gigiku ke lehernya. Saluran pernafasan yang digelar trakea aku kunyah, seperti mana sang pencinta ayam mengunyah tulang rawannya.

Tubuh Abang Jib akhirnya berhenti meronta. Dia sudah tidak bernyawa. Melihat dia yang sudah kaku, aku segera menuruni badannya dan menuju ke bilik air untuk berkumur.

Kemudian, aku membuka pintu bilik dan membiarkan Abang Jib dan lehernya yang terbuka, bersendirian di dalam bilik hotel 111.

Sekali lagi aku menyebut, "abang jangan beritahu sesiapa mengenai rahsia Mah, ya. He he he he."

💀💀💀

Love this story? Vote to show your support.

Next update: 3🌟

Psychopath XXWhere stories live. Discover now