#4 Kuku

2.1K 136 12
                                    

Adinda merupakan seorang pekerja di kedai rias kuku yang terletak di ibu kota Kuala Lumpur. Setelah setahun menjadi perias kuku junior, dia akhirnya dinaikkan pangkat sebagai perias kuku senior. Ini bermakna, kliennya sekarang tergolong daripada orang-orang berada dan artis-artis ternama.

Tugasnya mudah sahaja. Dia hanya perlu memotong kuku, mengilatkannya, serta mewarnakan dengan warna pilihan. Kadang kala dia perlu mencampurkan beberapa jenis pewarna kuku dan meriasnya dengan lukisan kecil menggunakan berus runcing. Ada juga yang mahu kristal swarovski diletakkan di atas kuku mereka untuk kelihatan lebih mewah. Orang zaman itu, kalau lagi mewah tatariasnya, lagi tinggi darjatnya.

Adinda langsung tak kisah bagaimana mereka mahukan dia merias kuku mereka. Asalkan mereka mampu membayar servis dan memberikannya tips di penghujung sesi.

Kadang kala jika ada masa yang terluang, dia akan berehat di dalam bilik staf, merehatkan kepalanya. Kalau dia rajin, dia akan mengumpul kuku-kuku yang telah dipotong, membersihkannya dan mengunyahnya seperti kerepek.

💀💀💀

Love this story? Vote to show your support.

Next update: 10🌟

Psychopath XXWhere stories live. Discover now