#8 Tilam

1.7K 129 9
                                    

Aku terbaring di atas tilam yang empuk. Tilam yang aku gambarkan sebagai pendodoi terbaik aku pada abad ini. Sebaik sahaja menghenyakkan tubuh di atasnya, serta merta penatku hilang, dan aku bangkit dengan semangat dan tenaga yang baru.

Hari esok merupakan hari terpenting bagiku. Hari yang bakal merubah kehidupanku sebagai seorang manusia yang malang kepada seorang yang sudah lengkap secara rohaninya. Aku perlu tidur, melelapkan mata untuk mengharungi hari yang indah itu.

Setelah 30 minit memandang siling, aku memusingkan badan ke kiri, mengiring menghadap seseorang di sebelahku. Wajahnya aku tatap sedalam-dalamnya. Wajah yang paling aku sayang dan cinta. Dia sedang tidur lena, mengiring ke arahku. Aku pandang bibirnya yang pucat, dek kesejukan luar biasa malam ini.

Tanganku dipanjangkan untuk menyentuh bibir itu. "Tidur lena-lena, sayang," ujarku padanya. Rambut pendeknya terbuai-buai ditiup angin pusaran kipas.

"Terima kasih kerana sudi terima saya seadanya," ujarku lagi. Walaupun aku tahu dia terlalu lena untuk membalasnya.

"Kalau awak nak tahu, saya dah lama suka awak. Tapi baru hari ini awak balas cinta saya."

Badannya tiba-tiba bergerak dan tertiarap. Belakang badannya yang berlubang aku tatap lama-lama. Aliran darah dari lubang itu masih lagi tidak berhenti. Seluruh tilamku sudahpun bertukar merah. Seketika kemudian aku tersenyum puas teringatkan kejadian siang tadi.

"Kalau saya tak dapat awak, orang lain pun tak dapat awak tau. Hehehehehe."

💀💀💀

Love this story? Vote to show your support.

Next update: 25🌟

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 03, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Psychopath XXWhere stories live. Discover now