#3 Miss K

3.1K 174 14
                                    


Interkom berbunyi. Kata pembantu peribadiku, klien terpentingku pada hari ini sudah berada di ruang menunggu. Aku yang masih belum siap melukis kening tajamku rasa terganggu. Jemariku mulai bergerak bak lipas kudung menyudahkan apa yang patut. Awal pula klien tiba pada hari ini. Tidak sabar untuk memulakan perniagaan barangkali.

Aku membenarkan pembantu peribadiku memberi ruang kepada klien memasuki ruang pejabat untuk berdiskusi. Fail baru di rak buku putih diambil untuk mengisi data klien itu.

Lalu, pintu butang pintu automatik aku tekan membenarkan klien memboloskan diri masuk ke pejabat.

"Hai, sila duduk," sapa aku setelah melihat susuk tubuh tegap lelaki yang sudah separuh umur itu di hadapanku.

Aku menghulurkan salam dan memberi ruang kepadanya untuk menyelesakan diri. Kami sama-sama melabuhkan punggung di atas sofa baldu.

"Boleh I tahu nama?" Soalku berbudi bahasa. Gaya bahasa dan badan amat penting untuk meraih kepercayaan pelanggan.

"Just call me Dato' V," jawabnya ringkas. Kebanyakan klien aku tidak suka menggunakan nama sebenarnya. Alah, jika tak guna sekali pun, aku sudah tahu latar belakang mereka. Bukan susah sangat nak siasat.

"Okay, Dato' V. How can I help you, today?"

"I need you to find a product . I heard, you're good at this." Pujinya penuh makna.

"Well, Dato'. I'm not good. I'm the best." Aku mengenyitkan mata. Matanya sedari tadi mengimbas badanku atas bawah. Aku biarkan saja dia menatap segala-galanya.

"Hmmm, high self-esteem."

Aku hanya tergelak kecil mendengar komen Dato' V.

"Can you describe the product to me? If you have a picture of the product, it would be better."

Dato' K menghulurkan gambar.

"Emmm. Okay. Kira done."

"So, bila you free?"

"Lepas job I free."

***

Hari ini aku keluar untuk mencari produk yang diminta oleh Dato' V. Berada di salah satu bangunan terpenting dalam Kerajaan Lambda buat aku sedikit teruja. Rumah Kuning merupakan sebuah bangunan rasmi yang didiami oleh Perdana Menteri.

Kawalan sekuriti yang ketat menyebabkan aku diperiksa dari hujung rambut ke hujung kaki selama satu jam sebelum dibenarkan berjumpa dengan Perdana Menteri. Setiap pengawal keselamatan diberi satu Uzi Submachine Gun yang dicipta oleh Israel. Segala barang kemas pula tidak dibenarkan melepasi pintu masuk. Aku yang sudah bersiap dengan rantai mutiara yang dibeli ketika mencari produk di Phuket tempohari tidak semena-mena rasa terkilan.

Sepanjang perjalanan, aku diiring oleh pengawal peribadi yang mempunyai spare-part biceps dua tiga ketul. Namun, perasaan gerun tidak ada dalam kamus hidupku.

Sesampai di satu menara yang berada di puncak tertinggi Rumah Kuning, aku dibiarkan seorang diri. Kata pengawal, Perdana Menteri akan datang sebentar lagi.

Aku membetulkan dress. Bahagian bahu yang sememangnya terdedah aku dedahkan lagi. Taktik ini digunakan aku untuk mendapatkan produk dengan mudah terutama jika ianya lelaki. Minyak wangi Gucci Flora versi mini aku sembur ke bahagian tengkuk. Baunya yang harum semerbak ditambah pula dengan bahagian tubuh yang terdedah mampu meruntuhkan iman sesiapa sahaja yang memandangnya.

"Kayla?"

"Ya. Saya Kayla."

"Maaf buat gadis secantik awak menunggu lama. Mari masuk?"

Tangan tuanya melingkar ke pinggangku. Aku hanya diam dan melayan sahaja karenah si tua itu.

***

Perdana Menteri dilihat sedang berdiri membelakangi sudut dinding bahagian kiri sebuah bilik. Di muka pintu, terdapat lembaga serba hitam sedang menajamkan pisaunya. Bunyi geseran pisau dan batu pengasah mengerikan suasana bilik itu.

"Kau siapa?"

Lembaga itu hanya mendiamkan diri. Topeng di wajahnya tidak ada tanda-tanda untuk ditanggalkan.

"Kau ingat kau boleh lepas?! Jangan harap la bodoh!"

Lembaga hanya mengilai ketawa.

"Dah tiba masanya untuk kau mati, Dato' Seri. Sudah terlalu lama kau memegang tampuk kepimpinan Kerajaan Lambda. Berilah peluang pada yang lain juga. Jangan dimakan duit rakyat sorang-sorang."

"Celaka! Kau siapa?! Gila!"

Pisau dihunus ke pergelangan tangan lelaki tua itu. Perlahan-lahan bilah pisau itu menembusi kulit dan isi di dalamnya. Dato' Seri meraung kesakitan. Besi yang merantai kedua-dua tangan Perdana Menteri ke syiling bergetar hebat.

Temulang yang menghalang bilah pisau itu dipisahkan menggunakan tukul dan pahat. Bunyi tulang yang dipisahkan itu membingitkan telinga. Pahat yang menembusi temulang kecil itu mengenai saraf dan sum-sum tulang. Ia membuatkan kesakitan yang dirasai Perdana Menteri itu melampaui batas. Dia meronta-meronta untuk melepaskan diri. Namun, kudrat tuanya tidak mampu menandingi keperkasaan pucuk muda.

Usai bahagian tangan, bahagian pergelangan kaki pula menjadi sasaran. Lembaga hitam itu tersengih memandang Perdana Menteri yang sudah tiada suara untuk meraung, apatah lagi merintih kesakitan.

Selesai memisahkan kedua-dua pergelangan kaki dan tangan dari badannya, lembaga mengambil sepucuk pistol dari pergelangan pinggangnya. Pistol kaliber 45 dimasukkan oleh lembaga ke dalam lubang dubur Perdana Menteri. Mata Dato' Seri buntang. Badannya cuba menolak seksaan seterusnya. Namun, dia gagal.

"Sebelum kau mampus, eloklah kau tahu aku siapa. Untung-untung kau boleh cari aku di neraka," ujarnya sinis. "Oh ya. Aku tak gila, klien aku yang gila."

Lembaga itu membuka topengnya. Mata Dato' Seri terbeliak.

***

Aku Miss K, seorang pembunuh upahan wanita. Kes-kes pembunuhan yang dijalankan menggunakan polisi ringkas - seksa, mati, dan sebar. Klien-klien aku terdiri daripada orang kenamaan yang mahukan mangsa dibunuh setelah diseksa secara sadis. Aku lebih senang menggelar mangsa sebagai produk supaya kedengaran lebih profesional. Usai menyelesaikan produk, aku akan menelefon pihak media untuk memudahkan tugasan menyebar.

Hatiku puas melihat tubuh Perdana Menteri yang sudah tunggang terbalik. Kakinya telah dijahitkan ke bahagian pergelangan tangannya yang dipotong. Manakala tangannya pula dijahit pada pergelangan kaki yang juga sudah dipotong. Herot berot seperti yang Dato' V inginkan. Anu Perdana Menteri aku potong bersama testis dan dijahit kemas pada mulutnya. Di dadanya pula ada tatu yang tertulis, Miss K.

Hei.

Kau ada produk untuk aku cari?

💀💀💀

Love this story? Vote to show your support.

Next update: 7🌟

Psychopath XXWhere stories live. Discover now