#7 Who's Next?

1.4K 107 3
                                    

"Hello?"

Talian senyap. Tiada jawapan.

"Hello?"

Talian masih lagi sunyi. Viktoria Bekam menghempaskan gagang telefonnya. Ini merupakan panggilan tanpa motif yang kelima diterima olehnya.

"Siapa tu?" soal teman serumahnya, Amber.

Viktoria menjungkit bahunya. "Entah. Adalah tu budak-budak jahat yang saja nak kacau kita. Tak pun nak curi line."

"Hm... Macam-macam." Amber menggelengkan kepalanya.

Kring... Kring...

"Amber, kau pergi angkat telefon tu! Malas la aku nak layan," ujar Viktoria.

"Yelah yelah." Malas-malas Amber berjalan menuju ke meja bulat kecil. Dia mengangkat gagang telefonnya.

"Hello?"

"Hello," sapa satu suara perempuan, halus dan gemersik.

"Ha, siapa ni?"

"Awak, hati-hati," pesannya.

"Hati-hati?" soal Amber keliru. Keningnya hampir bercantum.

"Viktoria... Viktoria nak bunuh awak..."

Amber tergelak sakan. "Jangan buat lawaklah. Awak ni siapa?"

"Orang yang dia pernah bunuh."

Serta merta talian itu mati. Amber terpinga-pinga.

"Siapa?" soal Viktoria yang berada di belakang Amber.

"Entah la. Ada orang pelik telefon. Dia kata kau...."

"Nak bunuh kau?"

Amber berpaling, mahu mengangguk kepalanya. Belum sempat dia menggerakkan kepalanya, sebilah kapak singgah betul-betul di tengah kepalanya.

Darah memancur keluar bak pancuran air. Amber terjelepuk jatuh ke lantai, menggelupur menahan sakit.

Viktoria tersenyum tatkala melihat kolam darah yang terhasil daripada belahan tengkorak Amber.

"10 down. Who's next?"

💀💀💀

Love this story? Vote to show your support.

Next update: 20🌟

Psychopath XXWhere stories live. Discover now