#2 Mimpi

3.6K 226 8
                                    

Pernah tak kau bermimpi tentang sesuatu yang ngeri seperti kau berada di atas tebing yang curam. Kemudiannya angin tiba-tiba kencang dan kilat mulai sabung menyabung.

Kau mahu mengundur ke belakang. Namun pabila kau berpaling, satu susuk tubuh wanita yang sedang memegang kapak bersama rantai besi sedang menuju ke arah kau. Badannya berlumuran darah, gigi taringnya pula terkeluar dari rongga mulut. Pandangan matanya yang tajam mampu membuatkan semangat kau luruh serta merta.

Kau tiada pilihan lain selain daripada terjun dari tebing untuk bangun dan keluar daripada mimpi ngeri tersebut. Terjunan yang kau rasakan terburu-buru menyebabkan badan kau tidak mampu mengawal pusaran angin. Kau akhirnya jatuh terjelepuk ke tanah dengan kepala terhentak pada seketul batu kecil. Tempurung kepala kau pecah. Otak kau pula hampir tersembul keluar.

Namun, kematian akibat terjunan itu tidak menyedarkan kau daripada mimpi. Wanita bersama kapaknya kini berada di atas kepala kau. Kali ini kau dapat melihat dengan jelas gigi taringnya yang panjang dan runcing. Rambutnya yang menggerbang terbuai-buai dan menyapu wajah kau.

Tatkala giginya semakin hampir, kau akhirnya tersentak dan tersedar. Seluruh badan diraba sebelum kau menghembus nafas lega. Kepala kau masih lagi sempurna dan berada di atas bantal kapas yang empuk. Kau sudah terkeluar daripada mimpi ngeri itu.

Tapi bagaimana pula jika saat kau bangun, wanita yang sama sebenarnya sudah berada di sisi bersama gigi taring dan kapaknya. Bibirnya menyeringai tanda sudah bersedia untuk mengunyah setiap inci tubuh kau.

Adakah kali ini kau mampu lari?

💀💀💀

Love this story? Vote to show your support.

Next update: 5🌟

Psychopath XXWhere stories live. Discover now