#2 : Hijrah

328 23 5
                                    

Tahun 2006, aku jejak kaki ke Kuantan. Mak abah muka kelat. Katanya aku sengaja buat hal sehingga ke pengetahuan arwah pakcik aku, dan arwah mendesak mak dan abah hantar aku ke sini, duduk bersamanya.

Aku rapat dengan Pak Ham, arwah pakcik sulung aku, abang mak aku. Beliau mempunyai karekter seorang bapa dan andai dia tidak memenangi Tokoh Maal Hijrah sebagai pakcik yang ulung, aku sendiri yang anugerahkan beliau dengan sebarang anugerah.

Jadinya, petang kami sampai, arwah Pak Ham membebel soal aku, cuba mempertahankan aku. Diungkitnya soal masa mereka untuk aku, dan pelbagai lagi perkara-perkara deep dan padu setepek ke dahi masing-masing.

"Kami ni doktor, bang. Doktor. Mesti la sibuk. Overnight dekat hospital, duty call lagi. Bukannya kami ni berfoya-foya, bang. Laki aku pun doktor gigi pun sibuk jugak dengan hal dia."

Mak bela dirinya dan abah hanya mengangguk acah deep jugak.

Aku cuma mampu menggeleng. Sebelum maghrib, mereka dah nak pulang ke Kuala Lumpur. Katanya malam nanti dikhuatiri ada call emergency.

Aku sambung menggelengkan kepala.

Berapa la sejam gaji dorang ni? Aku rasa nak bayar je biar ada masa sikit untuk aku.

Arwah tak kata apa. Cuma diam je.

Maka sebelum maghrib, kereta dah dihidupkan enjin. Segala kelengkapan aku termasuk beg dan buku sudah beralih tempat. Dari bonet ke ruang tamu.

Aku hanya salam mereka dengan satu pandangan yang kosong.

Arwah pun sama.

Tak banyak benda berlaku malam tu selain dari mengemas barang dari beg ke almari, serta mengopi bersama arwah.

***

Pagi itu sejuk sekali. Lain benar air pagi di Kuantan dan di Kuala Lumpur. Aku yang mamai dikejut arwah Pak Ham, segera bangkit ke bilik air dan terus memulas paip.

Dari mamai aku terus menjerit.

Keluar bilik air aku menggigil. Terketar-ketar. Pagi itu aku bersiap sedia untuk ke sekolah baru. Sekolah di pinggir bandar. Aku punya bersiap kelam kabut.

Masuk dalam kereta baru aku nak pakai kasut, tali pinggang serta menggigit sekeping roti.

Arwah Pak Ham hanya ketawa.

"Kamu ingat ni Kolumpo ke nak kelam kabut macam ni?"

Aku perhatikan sekeliling.

Allahu tenangnya. Hanya kelihatan motosikal sebiji dua dan selebihnya naik basikal. Sesekali berselisih dengan kereta, itupun cikgu-cikgu.

Dalam kereta aku hanya memandang ke luar. Lain benar pagi di sini berbanding pagi di Kuala Lumpur.

Di sana dihimpit-himpit baik LRT mahupun jalan raya.

Di sini tenangnya Tuhan je tahu.

Aku budak bandar baru masuk kampung. Culture yang aku bawa aku rasa aku perlu tinggalkan sedikit di rumah sebelum digelakkan di sekolah baru ini nanti.

Perlahan-lahan, aku mula tersenyum.

Mungkin ini kebahagiaan yang aku cari.

P/S: Al Fatihah untuk arwah pakcik aku. Syahdu betul bila baca balik. Edited. Aku tambah perkataan arwah supaya aku sedar beliau sudah pun tiada.

CerpenWhere stories live. Discover now