#8 : Kathy

209 16 0
                                    

Phone Blackberry Storm tu aku spin atas meja. Antara mahu call atau tidak, aku sendiri tak sure. Antara mahu call atau tidak, aku lebih kepada tidak. Tapi aku nak. Mengada kan?

"Mesej sekeping la dulu orite je kan?", aku berteka teki sendiri. Takut tak dilayan pun ada. Tapi tak cuba aku taktau.

"Hi Kate Spade XD. Been a while. How r u babe? Hows skool? Better without me rite? Beep me when ur free Kate. MYSM fren."

Message sent

Aku tertunggu-tunggu mesej dari Kathy. Dan sudah lima ke enam kali aku belek pakej Super Saver tu untuk aku beli.

Kalau dibeli, tapi tak call, rugi la pulak. Tapi kalau tak beli, takut lama sangat menunggu, mau pukul 4 pagi aku baru tidur.

(Super Saver pada ketika itu berfungsi selepas tengah malam. Biasanya pukul 12 tengah malam tepat, barulah Super Saver punya pakej boleh digunakan sehingga jam 7 pagi)

Aku macam biasa berteka teki sendiri. Akhirnya aku buat keputusan untuk call dahulu sebagai kepastian, kalau takde aral, aku beli pakej tu untuk sambung berbual.

Deringan di talian sana bersambungan. Hati aku berdebar-debar. Sekali, dua kali, tiga kali, jari aku dah standby nak tekan merah jika tak diangkat - sebab taknak operator angkat, boleh hilang kredit do.

"Hello?"

Lega punya lega mengalahkan laki teman bini bersalin bila suara Kathy di hujung talian.

"Kathyyyyyyyyyyy, miss you so much Kate. Hmm.."

"Wait, who's on the line? Wait i tengok jap.. *bunyi bising telefon bergerak kedudukan* HEYYYY IKKY WHY SEKARANG BARU CALLLLLL!! YOU LUPA I DAH KAN? BABE DEKAT SANA LAGI LAWA KAN?? HOW DARE YOU IKKY BARU TODAY CARI I!"

"Hahahahahaha, chill la Kate. I got so much things to fix. Culture shock la I dekat sinim that's why I busy sikit but you're always in my heart la Kate. Now and then. I text you tak reply."

"Oh ya? I tengah study la macam biasa. Hehe, miss you la Ikky. Hmm. You ada balik sini lepas ni? Beep je I. I ada je dekat sini. Baik you cepat before I ada pakwe. Nanti I ada pakwe susah la nak hangout. Ada curfew!"

"Perli I ke?"

Curfew - kenangan tahun lepas masa aku dengan Bella. Macam celaka. Ada sekali tu, aku dengan Bella la masa tu. Kathy pesan dekat aku, dia kata Bella and the geng tahan dia dekat toilet, buli dia like tarik skirt dia, and then tarik rambut dia.

Masa tu pulak aku ni bodoh. Biasalah aku banyak percayakan Bella dari Kathy tu. Sebab Bella girlfriend aku, Kathy cuma kawan. Tapi aku ambil jugak apa Kathy cakap as precaution la kononnya. Pulak tu sampai aku nak pergi tusyen pun aku kena ada curfew. Kena balik awal la, kena keluar awal la. Fuk.

"Let bygones be bygones, Kate. So you macam mana? Selain dari rindu I, apa benda lagi you rasa?"

"I rasa nak fuck dengan you pulak la. Tapi you sombong. Haha."

"Hahaha no shit la Kate. Serius ni. I tanya serius ni."

"Hahaa okay, okay. Same old Ikhwan. Avoid je benda macam ni. Apa lagi I nak eh? Hurmmm, I nak you kalau balik roger I, hangout macam biasa. Eh, you punya buku banyak dekat rumah I ni you balik la sini ambik. I dah habis baca dah."

"Okay, okay. I balik cuti nanti I call you. Kate, if you don't mind, I nak letak jap. Beli Super Saver then I call you back. Okay?"

"Okay Ikky. Beli la dulu then call. I tunggu."

"Okay, bye. Tunggu jap."

Talian dimatikan. Server line Maxis aku dail, aku beli pakej SS then kena tunggu mesej confirmation dekat 4 minit setengah.

Sambil aku tunggu, aku belek sekejap gambar Kathy dalam phone. Rindu jugak sebenarnya.

TING!

Message received from Hotlink

Tak belek pun mesej tu, terus aku call semula Kathy.

Malam tu, banyak benda aku bualkan dengan Kathy. Dari kes Acap kenakan aku, sampailah ke cerita parents nak hantar dia boarding school dekat luar. Dari sekecil-kecil perkara, sampailah ke perkara-perkara serius. Isu sekolah. Isu kerja rumah. Hak pelajar la itu la ini.

Dan perbualan terhenti bila aku sedar, pakej SS tu sebenarnya gagal.

Dan aku telah habiskan kesemua kredit yang ada untuk bergayut dengan Kathy.

Tepuk dahi, taip mesej ringkas, dan aku terus masuk tidur.

P/S: You janji nak ganti topup I, Kathy. Mananya?? Hahahahaha

CerpenWhere stories live. Discover now