#4 : Pak Ham dan aura keabahannya

265 19 6
                                    

Aku balik rumah awal hari tu. Pak Ham ambik aku dengan muka yang menahan marah. Acap langsung steady buat macam takde apa. Kesudahannya baru sehari aku sekolah aku dah diberi amaran keras. Pak Ham takyah cakap la, aku rasa kalau aku ni anak dia, dah separuh mati aku dikerjakan.

Dalam kereta kelihatan tenang sahaja. Jam baru nak masuk pukul 12. Pak Ham singgah dekat kedai runcit Mat John dan Leni, isterinya. Kedai runcit takde la mewah macam dekat Kolumpo cuma segala bahan asas kering dan basah semua lengkap.

"Uiiitt Pak Ham! Awei betei ambik budok sekoloh! Aok ada anok sekoloh lagi ke? Taktau bende pun keh."

Pak Ham hanya menyengih sambil mengambil barangan yang diperlukan. Aku di dalam kereta Nissan Sunny kaler maroon itu cuma diam sambil memasang telinga.

"Anok buoh aku tu. Baru sampei semalam, harini daftar. Demam, tu pasei kawan bawok balik. Hah kira ni. Kawan nok balik masok lagi ni."

Mat John segera membungkus barangan yang diambil Pak Ham, not RM10 bertukar tangan sebelum dibalas dengan seketul dua duit syiling yang aku tak pasti sama ada 10 sen, 20 sen ataupun 50 sen.

***

"Kamu lekas mandi. Karang tengah hari ikut aku ke masjid. Aku masak sekejap. Lepas tu makan."

Arahan Pak Ham yang mudah dan ringkas itu dituruti aku dengan senang. Aku segera berlalu ke bilik dan menyalin pakaian sekolah ke tuala berwarna ungu muda.

Hati aku berdebar sebenarnya. Kalau mak dengan abah, dorang akan tanya direct tapi Pak Ham macam takde nak bunyi lagi isu pasal rokok tadi.

Sedang aku mandi, pintu diketuk berkali-kali.

"Lekas la Ikhwan. 5 minit, lepas tu kau turun makan."

Layanan Pak Ham membuatkan aku kembali cuak. Darah aku kering di seluruh badan. Suara parau itu kembali kedengaran.

"Aku cakap 5 minit, aku tak dengar bunyi air gayung pun. Lekas."

Tegas dan tenang bunyi suaranya. Manakala aku yang di dalam toilet cuak dan menggelupur.

Habis mandi, aku keluar, aku nampak Pak Ham tengah bancuh air kenduri (baca : sirap). Mukanya langsung takde riak gembira. Lebih kepada marah.

Pesen suruh makan secara mendesak ni buat aku makin tak senang sebenarnya. Buatnya lepas makan dibalunnya aku cukup-cukup, nahas aku.

Aku bukan tak kenal perangai Pak Ham masa muda-muda dulu. Tapi sekarang dia dah tua adakah dia masih sekeras dulu?

Nasi dikunyah perlahan. Lauk ayam kicap tu dah macam simbolik untuk aku, ayam tu aku, kicap tu aku berkicap dibalun.

Selera aku mati, aku berhenti.

Dan kembali menyambung makan bila jelingan Pak Ham memandang tajam.

Aku terasa mahu menangis.

P/S : Aku tulis benda ni ke dulu? 😂

CerpenWhere stories live. Discover now