#5 : Rokok

364 26 4
                                    

Habis sahaja makan, Pak Ham turun ke ruang tamu, sambil menyalakan sebatang rokok, sesekali membetulkan kopiah di kepalanya. Kunci kereta dicapai, dan aku turut ikut masuk ke dalam kereta sama. 

Dalam kereta, keadaan seakan menjadi setandus suasana. Bunyi radio yang sayup, ditambah lagi dengan bau penghawa dingin kereta lama, buat aku berpeluh walaupun duduk di hadapan penghawa dingin. Ditambah lagi dengan asap rokok kretek berjenama negara seberang, aku lemas!

Pak Ham seakan perasan dengan aku yang sibuk menutup hidung, maka dia bersuara,

"Rokok ni ada cengkih, tu pasei la bau dia nyengat sikit. Kamu hisap Dunhill tak biasa rasanya bau rokok kretek macam ni."

Tingkap dibuka luas, penghawa dingin dimatikan.

Aku hanya mampu terkebil-kebil keseorangan.


***


Solat Zohor di masjid kampung berlainan benar rasanya di Kolumpo. Orang yang datang ke masjid juga tidak bergegas pulang kembali menyambung tugasan di pejabat. Semua kelihatan tenang, baik tua dan muda. Butir bicara juga berbeza di sini.

Kalau di Kolumpo, butir bicara yang aku dengar di masjid adalah tentang hutang bank, duit susu anak, dan pelbagai lagi luahan rasa perit derita di kota.

Di kampung, ianya berbeza. Butir bicara yang diluahkan dari mulut masing-masing adalah tentang kenduri yang bakal berlangsung hujung minggu ini, soal siapa akan meronda kampung malam ini, pisang yang masih belum masak serta lembu yang baru dilahirkan di rumah Tok Ketua.

Aku memang betul sedang mengalami kejutan budaya.

Kalau dulu, masa mula-mula aku dengar mak dan abah kata aku akan dipindahkan ke kampung, aku skeptikal juga sebenarnya. Aku tau rumah Pak Ham ni rumah kampung. Beraya pun dekat sini, tapi itu ketika aku bermastautin di Kolumpo. Macam mana jika aku menetap di sini? 

Harini aku dapat rasa. Sebuah keterujaan anak kota, kini menetap di sebuah kampung. Kampung yang masih berimejkan tradisional namun tidak ketinggalan dengan teknologi.

Pak Ham sendiri pakai Blackberry. Kejap-kejap orang PING! dia. Entah siapa la PING! dia pun aku tak sure, tapi aku rasa orang kampung ni juga.

"Wan, ni Pak Ham keneikan ke kamu, ni Pak Sahak, Siak masjid ni, yang spek ni Wak Am, orang Johor tapi duduk sini lepas bersara askor, sekarang imam dekat sini, yang ni, Tok Ketua kita, Pak Man. Salam semua cepat."

Arahan Pak Ham aku terima dengan baik. Semua yang disebut aku salam cium tangan. Masa cium tangan tu muka aku jadi kelat.

Tangan masing-masing bau rokok kretek.

"Ni anok buoh aok tu ye Ham?", Tok Ketua memulakan bicara.

"Haa ye, ni ler anok buah kawan, Tok. Tok kalau nampak dia buat benda bukan-bukan, Tok libas je badan dia ni dengan kayu.", balas Pak Ham tenang, tiada tanda-tanda dia bergurau.


Aku hanya mampu menahan airmata dari mengalir.


P/S : Bila baca balik tulisan aku ni, baru aku sedar satu perkara, banyak benda dah berlaku pada aku selama belasan tahun ni. Anyway, siapa nak BB Pin iols sila pm tepi okay! XD

CerpenWhere stories live. Discover now