#9 : Acap, Bazli dan Ghazi

249 14 2
                                    

Tiga nama ni paling villain la kononnya dalam kelas aku. Kes rokok, kes ponteng, kes ngulor, dan pelbagai lagi hal-hal yang berkaitan akhlak rosak ni, tiga nama ni la paling top dalam kelas aku.

Ajaibnya, tiga nama ni selalunya selamat dan terlepas dari sebarang hukuman walaupun cikgu-cikgu dan kawan-kawan kelas tahu, tiga nama ni paling berpotensi untuk bertindak lebih agresif.

Dan selalunya tiga nama ni selamat, kerana kekurangan bukti. Sebagai contoh kes rokok hari tu. Acap yang memang terkenal dengan jual beli rokok, beliau juga terlibat dalam sindiket menjual dan membaling mercun di dalam kawasan sekolah. Tapi setiap kali spotcheck, barang bukti mesti takde. Jangankan mercun, sumbu mercun pun tak jumpa!

Maka buntulah pengawas-pengawas dan cikgu untuk membanteras jenayah terancang ini. Pengawas sampai tahap menyelidik tiga nama ini, pergerakan, dan juga jadual rutin mereka bertiga. Namun masih tak jumpa bukti dan jawapan.

Aku yang masih baru ni pun turut terfikir sama. Bila dan macam mana rokok dia boleh ada dalam beg aku sedangkan aku rasa aku dah cukup dekat dengan barang-barang aku masa tu. Licik, benar licik.

Aku yang pernah menjadi mangsa turut didorong rasa ingin tahu, cuba membuat siasatan sendiri.

Waktu rehat, aku cuba berbual kosong dengan Acap. Bazli kelihatan lepak jauh. Tapi aku dapat rasa antara mereka berdua ada hint dan body language yang mereka sahaja faham. Antara yang aku perasan, Acap akan garu kepalanya hampir lima kali dan Bazli beredar. Maksudnya apa, aku belum tahu.

Ghazi pula akan lalu dan mengangkat tangan setiap kali dia lalu depan Acap. Nampak kelihatan mesra, tapi aku tahu itu bahasa isyarat.

Di akhir persekolahan, aku masih tak dapat rungkai maksudnya apa. Acap rileks duduk dalam kelas macam biasa, tapi ada kes pelajar ditangkap merokok hari itu. Dan macam biasa, nama Acap akan dipetik, tapi kali ini aku dibawa bersama.

Sebab sepanjang waktu rehat, hanya aku yang berada dengan dia.

Shit happen, bro. Always.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 20, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

CerpenWhere stories live. Discover now