#7 : Kembali Ke Sekolah

305 16 0
                                    

Pagi tu aku langsung tak bersuara. Muka Acap tu rasa nak letup je bila aku tengok muka dia yang tak nampak langsung rasa bersalah. Sindiket haramnya masih berjalan. Aku rasa malas nak campur. Pergi la mampos dengan apa benda dia nak buat.

Acap mengingatkan aku pada aktiviti haram yang lain yang pernah aku nampak dekat sekolah lama. Setakat rokok tu, Acap masih newbies. Masih virgin. Masih mentah. Dekat sekolah lama aku dulu, dorang seludup pil. Kau nak pil apa? Ecstacy? Kuda? Semua ada.

Spoil rich kids kata orang putih.

Waktu rehat, aku jadi insecure nak tinggal beg aku, lalu aku hanya berehat di dalam kelas. Sebelum aku dihalau keluar oleh pengawas bernama Shafiq. Kecoh. Rehat je pun. Pelik aku dengan takwim sekolah kerajaan ni. Cuti setiap kali perayaan, sama la macam sekolah lama aku. Yang part balik awal tu aku macam pelik. Pukul 1.30 dah balik do. Pelik betul aku. Itu okay lagi. Hari Jumaat balik pukul 11.50 pagi. What the fish?

Jadinya aku merayau-rayau di sekitar perpustakaan, kawasan sekolah, taman bunga, bilik ERT, terserempak jugak la dengan kelibat Acap, tapi who care? Lantak la kau nak jual apa benda sekalipun. Jangan libatkan aku sudah.

Jalan punya jalan, aku terpandang satu watak perempuan. Watak perempuan ni tak sama macam drama klise. Cantik sangat pun tak, lawa sangat pun tak. Tapi manis.

Terus aku teringat pada Kathy yang dah lama aku tak jumpa sejak aku pindah sekolah.

"You betul nak pindah ke? What if kita tak jumpa?"

"Ye, nak pindah. Habis tu nak buat apa. You sendiri tau budak dekat sini bukan suka dekat I pun. Tengok Nazmi dengan geng dia. Berapa kali cuba kenakan I sampai hari tu yang I gaduh tu. Berapa lama I boleh sabar?"

"Tapi I kan ada.. I suka kawan dengan you."

"You bukan boleh tolong apa pun. Same like others."

Kathy...

Ok, Khatijah nama dia. Tak swag la panggil Khatijah kan? So I called her Kathy. Nampak classy bitch sikit. Eh tak baik do aku cakap camni. Tapi dia memang baik. Walaupun seksi nak mati. Tapi dia baik. Hati dia baik.

Dalam pada ramai tak suka aku, dia je yang nak kawan dengan aku. Sampai kena ejek dengan Nazmi and the geng, dorang kata aku ada bekap awek.

Shit. Rindu pula pada Kathy.

Malam ni, rasanya aku nak kena topup buat Super Saver kot. (Few years ago, Super Saver is our saviour untuk berjimat kalau nak bergayut. Dalam RM2.00/hour camtu kot rate dia. Tapi kena beli dulu then baru boleh call.)

Takpe, malam nantilah!


P/S: Kathyyyyyy, I dah lupa pasal you until today! Miss you actually masa tu. Masa tu okay. Sekarang tak dah sebab dah jadi isteri orang. XD

CerpenWhere stories live. Discover now