*☾ bab 4 ☾*

27 3 0
                                    

"Aku dah padam account aku.."

"APA??!" jerit semua serentak. Aku terus membuat akaun baru.

"Tak apa.. aku buat account baru." mereka diam sekejap.

"Entahlah, Sarah. Aku sokong ajelah apa yang kau buat walaupun sedikit tak betul," ujar Sam. Aku angkat kening sebelah.

"Kau nak kata Sarah tak betul ke?" soal Arin.

"Eh?? Bukan.." laju Sam membalas. ".. bukan tak betul.. tapi salah!" kedengaran Arin pulak mengeluh.

"Apa beza dia?" soal Arin lagi.

"Ish fikirlah sendiri!"

Aku hanya menekan punat yang terdapat diatas layar skrin telefon bimbit milik aku. Sudah berjaya buat akaun baru.. aku mula search akaun milik Denniz.

Are you sure to block denniz__lukka08 ?

CONFIRM
CANCEL

Aku menarik nafas dalam-dalam. Dan pada saat aku hembus, punat 'CONFIRM' sudahpun ditekan. Aku sambung baring, manakala Adellin, Sam, dan Arin sambung borak tak ingat dunia.

Dalam aku mengelamun jauh, tiba-tiba dengar orang panggil.

"Sarah? SARAH?? Kau okey ke tak ni?" soal Sam. Aku diam sekejap.

"No." jawabku pendek. Kedengaran Adellin dan Sam mengeluh.

"Kau janganlah sedih-sedih, nanti kita orang pun sedih jugak" pujuk Arin.

Tiba-tiba air mata aku turun tanpa sebab. Aku terus mengelap air mata aku menggunakan lengan baju.

"I'll try."

dua hari kemudian..

Sepanjang dua hari itu, aku tak pernah berhenti menangis. Mandi, menangis. Makan, menangis. Sekolah, menangis. Tidur, menangis. Bila aku teringat aje pasal dia, terus menangis. Sampai orang sekeliling aku pun penat pujuk.

Aku cuba untuk move on. Bila hampir-hampir nak move on aje, terus video Denniz dari akaunnya yang lain muncul. Aku cerita dekat kawan-kawan aku untuk meminta nasihat, ada yang membantu dan ada yang tak membantu.

Dan.. hari ini, aku telah membuat keputusan..

Aku membuat akaun baru di sosial media yang lain. Selepas buat, aku search akaun milik Denniz dan mula menghantar mesej.

you

Hi Es. Ni dara. Saya nak explain kenapa saya hilang dua hari yang lalu

aku menunggu dan tunggu lagi. Sampai beberapa minit aku mendapat balasan.

tak payah explain ,dah faham semua benda.

berhenti chat saya.

jantung aku berhenti seketika. Kemudian aku terus cepat-cepat menetaip kembali.

you

let me explain

friendship is forbidden.

the 'offline' friends (?)Where stories live. Discover now