*☾ bab 11 ☾*

22 3 0
                                    

"Make me." cabar Faris. Denniz terus merah telinga. Denniz menoleh kearahku, dia mengeluh.

"Who is he?" soalnya. Faris diabaikan. Aku menoleh kearah Faris, terus daguku ditarik untuk menoleh kearah Denniz semula.

"Don't look at him, baby. Look at me,"

Terus dada aku tiba-tiba berdegup kencang, aku terdengar Sam dan Arin mengekek di sebelah. Mata aku terus meliar kearah lain selain Denniz dan Faris.

Tangan Faris melekap di kepala, Denniz memegang dagu aku, macam mana aku nak lepaskan diri dari situasi ni?

Aku ternampak Sam menepuk-nepuk bahu Arin, Arin pula sedang geleng-geleng. Kemudian Arin tepuk bahu Sam, Sam berkata sesuatu lalu Arin mengeluh.

Arin berdiri mendekati aku, Denniz, dan Faris. Sam pun ikut di belakang.

"Mind the distance, belum halal lagi," ujar Arin. Sam pun menarik aku dari kepungan Faris dan Denniz.

Aku menghembus nafas lega. Faris mengeluh.

"I have to talk to you," ujar Denniz. Aku membalas renungan Denniz. Sam menepuk bahu aku perlahan. Aku mengeluh lalu membontoti Denniz.

Apabila bayangan kami berdua hilang, Sam terus bersuara.

"Ha, kau siapa?" soal Sam. Faris terus menjauh sikit dari Sam.

"Sepupu Sarah?" balasnya. Terus Arin dan Sam ber 'ew, ew,' serentak. Berlari marathon setempat macam terpijak taik anjing.

"Ew? Sepupu dengan sepupu is an ick! Don't tell me you're a freshman? " soal Arin.

Faris meneguk air liur kemudian perlahan-lahan menggangguk. Terus Arin dan Sam menggeli macam cacing terkena sabun.

"Answer me, who is he?" soal Denniz, cuba untuk mengawal kecemburuannya. Dahi aku berkerut. Terus otak aku menggelegak.

"Habistu? Perempuan tu siapa? She is your girlfriend? Jadi buat apa bertunang dengan saya?" soalku. Denniz terdiam sekejap.

Dia menegakkan badannya yang dibengkokkan. Dia merenung aku.

"Why aren't you answering me? " soalku dengan perasaan yang bercampur.

"Is she really your girlfriend??" soalku lagi. Denniz hanya mendiamkan diri. Tidak mahu membuka mulut.

Aku mengeluh. Air mata ditahan untuk tidak turun. Aku terus berjalan pergi. Kemudian dia menghentikan aku dengan memegang lengan aku.

"Wait-"

"Saya nak putus tunang." kataku dengan mataku yang berair.

Dia yang mendengar apa yang aku ucapkan tadi, melihat air mataku yang hampir terjatuh itu terus berubah reaksi. Reaksi risau dan takut.

Genggaman lengan aku tiba-tiba dilonggarkan. Aku terus menarik lengan aku secepat mungkin dan berlari pergi.

Sam merehatkan kepalanya di atas kerusi. Arin pula hanya selesa menonton perlawanan ragbi round yang ke-3.

Bila dengar esakkan tangisan aku dari belakang, terus mereka berdua serentak memusing kebelakang.

the 'offline' friends (?)Where stories live. Discover now