*☾ bab 17 ☾*

20 2 0
                                    


Mak Cik Salmah menjeling aku tajam. Aku meneguk air liur lalu melihat sekeliling. Semua mata tertumpu kearahku. Aku senyum segaris.

"So, I heard you're about to married. Who is he?" soal Mak Cik Salmah dengan matanya menghelang kearahku. Umi menggaru kepala sendiri.

"Miss Salmah,... I don't think you understand.. she and your son just doesn't match-" tiba-tiba buku majalah yang dipegang Mak Cik Salmah dihempas kuat ke atas meja. Semua orang tersentak akibat kejutan Mak Cik Salmah berikan.

"How dare you rejected my handsome boy!!" jerit Mak Cik Salmah lalu dia menarik telinga aku kuat. Umi mula menarik Mak Cik Salmah menjauhi aku.

"Ah, aduh!" keluh aku. Tetapi Mak Cik Salmah tetap menarik telinga aku kuat. Ada benda yang terhempas tetapi aku tidak dapat meneka apakah itu. Papa tiba-tiba muncul entah dari mana, menarik bahu Mak Cik Salmah kemudian menampar pipi Mak Cik Salmah sedas.

PANG!

Bergema bunyi ruang tamu akibat tamparan jepun papa.

"I will never slap a woman or even touch them, but you're too much! Leave us alone and don't ever come and visits us again because all you do is burdening us!" ujar papa tegas. Aku memandang mereka dengan reaksi terkejut. Mak Cik Salmah masih mengusap pipinya yang ditampar sambil menjeling aku tajam. Dahi aku berkerut.

"Get out!!" tengking ayah membuatkan semua orang sekeliling tersentak pada masa yang sama. Mak Cik Salmah menjeling papa tajam, dia merentap begnya dan menggalasnya. Lalu dia menarik anak lelakinya, Harith untuk mengikutinya keluar.

"From now on, we had nothing to do with you!!" jerit Mak Cik Salmah dihadapan pintu. Sam yang menunggu diluar pun tersentak. Mak Cik Salmah jalan keluar dari pintu pagar rumah. Apabila dia nampak asusuk tubuh Sam, pergerakkannya berhenti seketika.

Dia merenung Sam atas bawah kemudian menjelingnya.

"Lets go, my baby boy!" ajak Mak Cik Salmah kepada Harith. Harith hanya membontotinya apabila dia berjalan pergi. Aku menoleh laju kearah umi.

"What was that umi??" soalku. Umi mengeluh. Papa melabuhkan punggung keatas sofa sambil mengurut kepalanya.

"Umi ada perkara yang umi boleh jelaskan," ujar umi. Aku menganggukkan kepala. Umi melihat keluar rumah.

"Adik pasti pelik kenapa umi macam itu aje terima Denniz,.. bukan sebab dia ada degree lawyer ke apa.. Umi memang tengah cari seseorang untuk menolak pinangan Harith.. sebab umi tak berani." jelas umi. Aku buntu. Maknanya kalau aku bawa orang gila balik rumah pun, umi tetap akan menerima orang gila tu?

Aku mengundurkan langkah perlahan-lahan dengan perasaan buntu. Umi.. tak kisah fasal aku? Tanganku digenggam kuat. Aku memusing kebelakang laju untuk melarikan diri tapi pergerakkan aku terhenti apabila ada susuk tubuh yang berdiri terpacak dihadapanku, menghalangi aku daripada menghalangi aku.

"Then, I'll protect her like how I protect my own life. Umi berikan saya peluang," ujar Denniz, yang tertumpu kearah umi. Umi merenung ke lantai dengan riak wajah teragak-agak.

"Bukan itu, Denniz. Umi tahu Denniz yang terbaik untuk Sarah tapi umi takut anak umi sakit," balas umi. Dahi aku berkerut. Aku menoleh kearah papa untuk penjelasan. Papa mengeluh perlahan.

"Adik akan berkahwin dengan Denniz dan meminta penceraian dengan Denniz selepas Harith berkahwin, dan itu ialah untuk keselamatan adik juga," jelas ayah. Aku mengangguk. Maknanya,.. perkahwinan ini hanya sementara? Mungkin ini ialah yang terbaik untukku.

"Maknanya.. perkahwinan ini hanya untuk keselamatan adik dan bukan atas dasar cinta?" soalku. Denniz sedikit mengeras apabila aku menyebut 'bukan atas dasar cinta'. Umi dan papa angguk serentak.

Aku berfikir sekejap. Tangan aku digenggam kuat.  Sementara, sementara, sementara. 

...

Semua benda.. sementara. Aku menoleh ke atas. Dan kepala aku perlahan-lahan mengangguk. Aku sudah cukup fikir masak-masak, sampai hampir nak hangit pun ada. Aku mengeluh dan menoleh kearah Denniz.

"Adik... akan kahwin dengan Denniz."


"Aku akan mengahwini dikau, Muhamad Denniz Lukka bin Said, dengan anakku Sarah Emaira binti Shahrul Khadeen, dengan mas kahwin sebanyak tiga puluh ribu ringgit tunai dan seutas gelang emas," ujar papa sambil mengenggam tangan Denniz. Denniz mengangguk sekali.

"Aku mengahwini anak dikau, Sarah Emaira binti Shahrul Khadeen, mas kahwin sebanyak tiga puluh ribu ringgit tunai dan seutas gelang emas." balas Denniz. Papa menoleh kearah saksi disebelahnya.

"Sah?"

"Sah."

"Sah."

"Sah."

balas saksi disebelahnya. Denniz menyalam tangan papa. Disebabkan perkahwinan ini ialah perkahwinan yang telah dibuat keputusan pada saat akhir, jadi perkahwinan ini diadakan di pejabat agama. Aku duduk dibelakang Denniz, Denniz memusing kearahku.

"Sarah, ikut saya boleh?" soalnya. Dahi aku berkerut. Dia berdiri dan menghulurkan tangannya. Aku perlahan-lahan mengangguk. Dia memegang tanganku dan menarik aku perlahan untuk mengikutinya. 

Dia bawa aku keluar dari bilik. Sehingga sampai ke lokasi yang tak ada ramai orang, dia berdiri dihadapan aku sambil memegang  kedua-dua belah tangan aku dengan perlahan dan lembut. Dia merenung aku lama lalu dia menarik aku kedalam pelukan. Dia memeluk aku erat.

"Haa.." dia menghela nafas lega. Dia memeluk aku erat dan tidak mahu melepaskan aku. Aku hanya berdiri, terpaku di situ.

"D.. Denniz?" soalku.

"Shhh.." balasnya. Dia sempat lagi menghidu leher aku. Aku mahu menolaknya tetapi dia tetap tak mahu kalah.

"Don't resist, love. Can you imagine that I've been waiting for this all year?.." ujarnya lembut.  Aku mengerling kearah telinganya yang merah. Aku mengeluh seketika lalu membalas pelukannya. Dia masih eratkan pelukannya. Aku menggosok belakangnya.

"Awak dah lama tunggu?" soalku perlahan. Dia mengangkat kepalanya lalu mengangkat sebelah tangan untuk mengusap pipiku. Dia mengukirkan senyuman sehingga lesung pipitnya membuat penampakan.

"Ini mimpi ke?" soalnya. Aku menggeleng.

"Bukan," balasku. Aku sengih. Dia merenung aku lama kemudian mengucup pipi aku. Aku terkedu. Dia melepaskan pelukan kemudian berjalan pergi. Aku pula hanya tercengang disitu.


Aku dan Denniz tinggal dirumah umi dan papa buat sementara waktu.  Umi dan papa keluar rumah buat sementara waktu untuk membeli barang dapur. Sekarang dah waktu malam, aku berada di dapur membuat air. Aku mengacau air kopi. Bila pusing aje, terperanjat aku bila Denniz tiba-tiba terpacak dihadapan aku.

Denniz merenung aku lama. Berkerut dahi aku.

"Denniz?.." soalku. Denniz tetap sambung merenung aku. Dia menapak mendekati aku.

"Sarah.." panggilnya lembut.


the 'offline' friends (?)Where stories live. Discover now