*☾ bab 13 ☾*

24 2 1
                                    

"Why are you distancing yourself away from me?" soal Denniz. Dia menarik lengan baju aku dengan perlahan.

Aku menoleh kearahnya, melihatnya pelik.

"Kalau awak dah tahu jawapannya, kenapa tanya?" balasku. Denniz sedikit kecewa mendengar jawapan aku itu, tetapi cuba sembunyikan.

"Awak tak ikhlaskan apa-apa selama kita masih bersama?" soalnya.

"Kita tak pernah bersama Denniz," balasku kembali. Denniz tidak sembunyikan kekecewaannya sekarang.

"Give me a chance once more, I'll fixed it," ujar Denniz lagi. Aku menggeleng.

"Saya dah bagi cukup peluang, Denniz. Sampai bila saya perlu tunggu kepada orang yang tidak akan pernah sampai?" sambungku. Denniz mengukirkan senyum segaris.

"I'll definitely arrive this time,"

Sudah hari seterusnya, mendung awan dipagi hari. Selepas aku habis solat subuh, aku berjalan mendekati balkoni. Aku merenung ke luar balkoni. Buku diari ditangan menulis.

Permandangan matahari terbit di pagi hari tidak pernah membuatku rasa kecewa.

Pada mata seseorang aku ingati, aku hanya seseorang disebuah memori miliknya yang dirinya simpan sebagai pengajaran, tetapi pada aku, dia seseorang yang akan aku simpan sebagai memori terindah.

Walaupun perit perasaan aku melupakannya sepanjang dirinya hilang dipandangan, tetapi akhirnya dia muncul semula ibarat kudrat aku sia-sia.

Jika diriku mengizinkanmu kembali di dalam hidupku, adakah diriku bakal ditumbuk dengan perasaan kecewa semula?

Aku menyelitkan pen aku di kulit buku. Mata aku tertumpu kearah bawah bangunan. Kelihatan Arin dan Sam sedang melambai-lambai kearahku. Aku pun melambai semula.

"Harini puasa, tapi aku bersemangat!!" ujar Sam sambil melompat-lompat. Arin pula nampak muram dan hanya berjalan malas disebelah.

Aku hanya sambung berjalan, mendekati bangunan universiti. Dengan hari pertama puasa ni, tiba-tiba bangunan universiti rasa macam jauh.

Jalan-jalan, dah sampai tepat di hadapan bangunan universiti. Sampai aje dah nampak ramai berkumpul diluar bangunan. Ramai pula tu.

Kami bertiga saling berpandangan, kemudian kami bertiga bersetuju untuk berjalan mendekati mereka. Tiba-tiba ada emcee mula berbicara diatas pentas.

"Hai semua, harini hari pertama puasa bukan? Tetapi itu tidak akan menghentikan kita untuk membuat aktiviti! Sekarang ni ada semester dua dengan tiga sahaja, disebabkan semester satu ada lawatan,"

bila dengar aje perkataan 'lawatan' semua terus serentak mengeluh kuat. Cemburu dengan dia orang ke apa.

"Jadi kita pun kat sini buat ajelah aktiviti seronok yang kita boleh,"

semua muram, tidak bersemangat. Kecuali Sam yang mula bersorak kuat, dan adalah beberapa orang lagi yang sama semangat dengannya bersorak sama.

the 'offline' friends (?)Where stories live. Discover now