*☾ bab 26 ☾*

9 0 0
                                    

"Siapa Adeen Raydan?"

ulang aku lagi. Dia hanya diam. Aku mengangkat kening aku.

"Ada benda yang awak sembunyikan."

sambungku. Aku membelek-belek sijil lahir milik Adeen Raydan. Dia terus merampas sijil lahir itu dari tangan aku.

"Stop it."

Aku memandangnya pelik. Why so defensive? Ini sangat mencurigakan. Tiba-tiba ada orang menelefonnya. Dia mengambil telefon lalu mengangkatnya.

"Yes? I'm coming."

dia menurunkan telefon dan terus menatap aku.

"Don't ever, even step your foot inside here again. Understood?"

dia terus bergegas pergi keluar dari bilik. Dia ingat aku nak dengar cakap dia? Ya.

Aku sekarang sedang duduk diatas sofa, janggal, kekok, semua ada. Kaki aku bergetar-getar dari tadi, aku tak tahan. Aku nak tahu jugak apa sebenarnya yang terjadi. Siapa Adeen? Dan dia bergegas kemana?

Aku terus berdiri. Kali ini sahaja, aku akan melawan cakap suami aku. Kali ini sahaja. Janji tak buat dah. Aku mengangguk kemudian terus berlari berpusu-pusu kearah ofisnya. Keputusan yang paling bodoh dia buat ialah dia memberi amaran tanpa mengunci pintu ofisnya. Dia terlalu mempercayai aku. Tapi bukan masalah aku kalau dia sendiri tak kunci pintu.

Aku bergerak kearah fail-fail di atas mejanya. Berkecamuk fikiran aku. Takut dan cemas. Aku membuka semua laci-laci di mejanya. Tak jumpa apa-apa. Tetapi hanya satu laci lagi sahaja yang aku belum buka.

Laci di tepi bilik.

Aku pecut kearah laci tersebut. Aku membuka laci tersebut. Terdapat sebuah fail berwarna hijau terang. Aku senyum lebar. Aku terus membuka fail tersebut. 

'Kematian pemuda berumur 15 tahun. Tragedi Denniz Lukka.'

Senyum aku terus pudar. Denniz.. Denniz dah mati? Habistu siapa suami aku-

Pintu terbuka luas. Tangan aku terketar-ketar. Dia.. dia ada kena mengena dengan kematian ni ke? Kenapa dia nampak macam Denniz? Mungkin aku sepatutnya percaya naluri aku apabila aku rasa yang dia nampak berbeza dari biasa.

Dia tercungap-cungap. Mungkin dia pecut sewaktu kesini. Aku masih terketar-ketar. Serangan panik. Aku tak tahu nak buat apa.

"Ka.. kalau awak bukan Denniz.."

fikiran aku kosong, berkecamuk. Aku menyambung.

"Then, who are you?"

...

8 tahun yang lalu..

"Kenapa pengetua panggil saya ni?"

soal Denniz. Pengetua tersenyum. 

"Tutup mata awak, saya ada kejutan,"

Denniz mengangkat keningnya. Kejutan? Tak pernah-pernah macam ni. Denniz perlahan-lahan menutup mata..

Gedebuk!

Perutnya dilutut. Terus mulut dan hidungnya dicekup menggunakan kain hitam. Perlahan-lahan.. dunianya terus menjadi gelap-


Haa... aku kat mana sekarang ni?

Denniz melihat sekeliling. Terasa seperti semua ini suatu mimpi. Dia memandang sebelah. Kelihatan seorang remaja yang sedikit tua daripadanya. Muka mirip dengannya. Perbezaannya dia lebih tegap dan lebih tampan berbanding Denniz. Tangannya diikatkan ke kerusi dengan dirinya berlumuran darah, mungkin dia dipukul sebelum Denniz sampai disini.

the 'offline' friends (?)Where stories live. Discover now