*☾ bab 12 ☾*

18 2 0
                                    

Aku dan Denniz mengelilingi kerusi itu. Denniz memegang-megang kerusi itu sambil mengelilinginya, begitu juga dengan aku. Tetapi, anak mata Denniz tetap tertumpu dan melekat pada susuk tubuh aku.

Penonton-penonton yaitu para pelajar dan para pensyarah juga menepuk tangan mengikut rentak lagu. Mereka berniat untuk memberi semangat, tetapi menjadi semakin gentar adalah.

Lagi-lagi apabila direnung tajam oleh Denniz ibarat ini kali terakhir dia merenung aku. Tanpa sedar, lagu tiba-tiba berhenti selama aku termenung berminit apabila lagu dibuka.

Aku terus melabuhkan punggung ke atas kerusi namun malangnya, kerusi aku ditarik oleh Denniz. Tetapi aku tidak jatuh, Denniz memegang lengan aku supaya aku tidak jatuh.

"Are you okay, Sarah?" soalnya risau sambil berbisik. Risau jika dia secara tidak sengaja mencederakan aku.

Aku perlahan-lahan berdiri semula, kemudian kerusi ditangannya direnung. Kalau aku kejar, kang jatuh tergolek mahu tak malu.

Apabila Denniz sedar aku sedang merenung kerusi itu, Denniz terus meletakkan kerusi itu semula. Ala-ala gaya tuan putera dia mengajakku.

"You may have a seat, my lady,"  ujarnya dengan senyuman manis.

Semua penonton yang menjadi saksi terus bersorak tak ingat dunia. Lagi malu lah aku. Aku teragak-agak untuk duduk di atas kerusi itu, entah-entah bila aku nak duduk dia pergi tarik pula.

Denniz yang perasan aku sedang mencurigainya, terus menarik tangannya dari memegang kerusi itu. Aku senyum lebar lalu melabuhkan punggung aku ke atas kerusi.

Semua bersorak kuat.

"Pemenangnya ialah... Sarah Emaira!! Berikan tepukan gemuruh!"

Seperti yang disuruh, semua terus tepuk gemuruh bersama dengan sorakkan yang kuat. Aku sengih lebar melihat reaksi rakan-rakan aku yang menyaksikan kemenangan aku.

Walaupun aku menang sebab Denniz yang bagi aku peluang, tetapi aku tetap bangga sebab aku menang. Tiba-tiba Denniz berbisik kepada aku sekali lagi.

"I want to talk to you. Can I talk to you? Give me a chance to explain everything, please?" minta Denniz lembut.

Aku berfikir sekejap, merenung wajahnya yang seakan-akan merayu aku supaya memberikannya peluang. Akhirnya, aku bersetuju.

"Gempaklah, Sarah! Dalam beribu-ribu orang, kau yang menang tau!" puji Arin. Sam hanya mengukirkan senyuman di sebelahnya.

Aku sengih lalu mengelap air mata gembira aku yang mengalir. Tiba-tiba ada orang menyentuh bahu aku perlahan. Aku menoleh ke tepi, Denniz.

"Let's go, princess," ajak Denniz perlahan. Aku menoleh kearah Arin dan Sam.

Arin hanya mengangkat bahunya manakala Sam hanya angguk. Aku menoleh kearah Denniz lalu membontotinya.

Dia membawa untuk berbincang di belakang gelanggang. Aku memeluk tubuh sendiri.

"Okay, apa yang awak nak cakap?" soalku. Denniz menyandarkan tubuhnya ke dinding sambil merenung aku. Aku sabar menunggu balasannya.

"Let me explain about that girl, okay? She is not my girlfriend." jelas Denniz. Aku menggangguk.

"Then who is she?" soalku. Denniz mengeluh seketika.

the 'offline' friends (?)Where stories live. Discover now