teaser 10.01.2022

54 5 1
                                    

"LEPASKAN saya..."

Ruang kamar menjadi sepi seketika.

"Apa?"

"Saya letih."

"Zahra..."

"Ini bukan kali pertama saya lalui... Saya letih."

"Zahra... Abang tak bermaksud..."

"20 tahun, bang... Selama 20 tahun ini saya penat bergaduh. Saya penat bertekak suara. Saya penat makan hati."

Diam lagi.

"Saya tak nak lagi jadi isteri yang meninggikan suara kepada suaminya. Saya tak mahu lagi menjadi isteri yang bermasam muka pada suaminya. Dan saya tak ingin menjadi isteri yang... tidak mampu membahagiakan suaminya."

"Saya sedar, kekurangan saya ini tak akan memuaskan hati abang. Sehingga abang memilih dia. Jadi cukuplah sampai sini, biarlah kekurangan saya ini tidak lagi menyiksa jiwa abang... untuk bersama dia dengan yang lebih sempurna."

"Ya Allah, apa yang Zahra cuba cakap ini?"

Dia berdiri, dan memandang lelaki itu.

"Pergilah kepada dia. Zahra tak akan menghalang. Zahra pun penat pertahankan rumah tangga Zahra selama 20 tahun. Cuma, Zahra nak abang tahu satu saja." Nafasnya dihela seketika. "Wanita ini, yang abang duakan... adalah wanita yang sudi menerima kekurangan suaminya selama 20 tahun... yang memberi peluang berkali-kali kepada suaminya."

Dia menyeka air matanya. Lalu menyambung, "Wanita ini juga yang selalu berdoa kepada suaminya, walaupun... dia tidak pernah didoakan oleh suaminya."

"Semoga berbahagia dengan wanita lain. Semoga wanita itu akan melakukan yang lebih baik kelak."

Perit untuk diucapkan. Dadanya sebak menahan tangisan, lalu diatur langkah dengan segera sebelum lebat air matanya jatuh.

TANGISAN SEORANG BIDADARIWhere stories live. Discover now