BAB 1.2

35 2 0
                                    

"LEPAS itu, Kak Tasnim tak syak apa-apa?"

Tasnim membisu seketika dengan soalan itu. DIa tidak tahu mahu memberi reaksi apa.

"Entahlah, Kak Tasnim pun tak tahu nak cakap apa. Mungkin memang betul dia telefon dengan kawan tempat kerja dia."

"Yalah, tapi tak akanlah setiap hari. Maksud Yuna, kenapa setiap kali dia balik kerja dia tak masuk rumah dulu? Logiklah kalau orang balik rumah dari tempat kerja, dia terus masuk rumah, mandi lepas itu... rehat ke atau makan ke. Ini duduk lepak dalam kereta? Bella pelik, Kak Tasnim." Bella, adik Tasnim meluahkan pendapatnya terhadap cerita yang diceritakan kakaknya.

"Kak Tasnim pun tak tahu nak cakap apa... Lagipun sebelum ini memang dia ada banyak dapat kerja kena handle. Jadi Kak Tasnim tak syak sangat. Dengan masalah staf buat hal, drivers selalu tak masuk kerja. Kak Tasnim cuba fahamkan keadaan dia. Macam Kak Tasnim cakap, setiap hari dia memang ada aje orang call."

Tasnim menyambung lagi, "Cuma yang ini aje, dia call dengan seseorang dalam kereta. Kak Tasnim sendiri tak tahu siapa."

"Kak Tasnim cubalah check siapa dia call itu. Bella bukan apa, orang lelaki ini kita tak boleh percaya sangat. Kak Tasnim jangan salah faham, cuma itulah... Bella risau aje," ujar Bella dengan harapan kakaknya tidak tersinggung dengan kata-katanya.

"Nantilah Kak Tasnim check telefon dia. Lagipun, telefon dia tak ada password. Senang sikit Kak Tasnim nak spotcheck. Tapi bukan ke, kalau suami yang tak letakkan kata laluan dekat telefon ini, maknanya dia tak ada apa-apa untuk disembunyikan?"

Bella kedengaran ketawa kecil di hujung talian. "Kak Tasnim ini... Sekarang ini, dah 2021. Lelaki mana yang bodoh sangat letakkan kata laluan dekat telefon dia? Nampak obvious sangat dia ada sembunyikan sesuatu. Lelaki sekarang pun dah pandailah, Kak Tasnim."

Terkedu dibuatnya Tasnim mendengar ayat itu. Hatinya terasa ditusuk sesuatu yang tajam.

"Tak apalah, kalau macam itu... Kak Tasnim cuba check telefon dia."

"Okay. Nanti kalau ada apa-apa nak cerita, cerita aje dekat Bella."

"Terima kasih sudi dengar luahan Kak Tasnim."

"Ya, inilah gunanya keluarga. Ada untuk satu sama lain."

Tasnim tersenyum. DIa menamatkan panggilan. Walaupun hatinya tiba-tiba dilanda kegusahan. tetapi ada rasa nyaman di hujung sudut hatinya.

Dia mungkin sudah tidak punya orang tua yang tercinta, tapi masih ada adik-beradik yang peduli dengannya. Tasnim cukup senang dengan perkara kecil itu.


TANGISAN SEORANG BIDADARIحيث تعيش القصص. اكتشف الآن