BAB 4

56 1 2
                                    

"APA hubungan abang dengan dia?" Tasnim meminta kepastian tentang hubungan Aswad dengan Sofiya. Dia ingin tahu kebenaran di sebalik hubungan mereka berdua. Adakah sekadar rakan kerja atau lebih daripada itu?

"Abang tak ada apa-apa dengan dia. Tasnim kenapa tak percayakan abang ini?" Aswad cuba untuk menidakkan.

"Kalau abang tak ada apa-apa, kenapa perempuan ini panggil abang dengan gelaran abang? Dia siapa nak panggil abang macam itu? Kalau memang tak ada apa-apa, kenapa dia panggil abang, dengan gelaran abang?" 

Semakin membuak amarah Tasnim mengingatkan apa yang dibacanya tadi.

"Takkan sebab dia panggil abang, Tasnim nak marah macam ini? Cuba jangan nak jadi bodoh sangat."

"Tak sekarang ini siapa yang perbodohkan siapa? Tasnim ini tak bodoh, abang. Tasnim baca mesej abang dengan dia dari mesej yang sekarang sampai mesej yang dulu. Tasnim nampak dengan mata sendiri, bukan main mesra abang mesej dengan dia!"

"Tasnim jangan nak mengamuk tak tentu pasallah. Abang dah cakap abang tak ada apa-apa dengan dia."

"Kalau abang tak ada hubungan apa-apa dengan dia, kenapa setiap kali abang balik, abang akan mesej dia dulu? Abang ingat Tasnim tak tahu, Tasnim nampak abang selalu duduk dalam kereta sebelum masuk rumah. Rupanya abang main mesej dengan betina ini!"

"Diam, Tasnim! Tasnim jangan nak melampau."

"Ini, bini abang ini... Yang seharian dekat rumah... Tunggu abang balik rumah. Tapi siapa abang sapa dulu? Betina itu dulu abang mesej dekat dia. Bukan khabar bini abang ini! Tapi betina itu!"

"Abang cakap diam! Diam!" tengking Aswad semakin lantang suaranya.

Tasnim yang terkedu, sebaknya semakin terasa. Matanya merah menahan pedih air mata. Dia benar-benar terluka di hatinya melihat suaminya.

"Tasnim tanya sekali lagi, apa hubungan abang dengan perempuan itu?"

"Dia dengan abang tak ada apa-apa. Asal Tasnim susah nak percaya?!" Aswad masih dengan suara lantangnya. Tidak mahu kalah dengan egonya.

"Tasnim ini dah lebih dua puluh tahun kahwin dengan abang. Lebih dua puluh tahun, bang... Tasnim bukan kenal abang sehari dua..." Tasnim terduduk lemah di katil. Dia menyeka air matanya.

"Ini bukan kali pertama abang buat macam ini dekat Tasnim... Abang ingat dengan abang nafikan semua ini, abang boleh bodohkan Tasnim lagi? Abang jangan tipu Tasnim macam ini. Sakit bang, sakit..." Esakan tangisan Tasnim semakin kuat. Sungguh hiba rasanya.

Tasnim memandang suaminya yang kini membisu.

"Satu demi satu mesej abang dengan dia, Tasnim baca. Kenapa abang nak nafikan lagi apa yang terjadi?"

"Kalau memang abang ada apa-apa dengan dia, Tasnim boleh terima, ke? Tak, kan?" Aswad melontarkan soalan cepumas.

Tapi, Tasnim tidak mengalah. "Jadi, kalau abang sendiri tahu Tasnim memang tak suka, kenapa abang buat?"

Ruang kamar menjadi sepi seketika.

"Tasnim baca bang... Tasnim baca... Abang siap nak bagi duit dekat dia. Bagi duit, bang... Tapi dekat anak bini abang sendiri ini, abang berkira. Tapi dengan betina itu, abang boleh bagi. Bagi untuk beli laptop rosak... bagi untuk beli baju raya..." Tasnim memandang suaminya dengan pandangan sayu.

"Ini, keluarga abang sendiri ini... Kalau nak minta apa-apa bukan main susah lagi. Tasnim sampai dahulukan duit Tasnim kalau abang tak bagi dulu. Sampai abang tak ada duit, Tasnim pajakkan barang kemas Tasnim. Tapi, betina sundal itu... Abang boleh bagi macam itu je. Wow, laptop rosak... Tak apa nanti abang belikan. Nanti abang bagi bonus raya, pergilah beli baju raya. Tapi keluarga abang sendiri?"

"Jangan nak perli abang."

"Tasnim cakap benda betul, bang. Anniversary kita, suprise yang abang bagi..." Hati Tasnim luluh ketika dia ingin mengatakan bahagian ini. DIa merasa semakin sedih. "Ucapan itu, betina sundal itu tuliskan. Bukan abang, kan?"

"Kalau memang dia tulis pun, kenapa? Abang cuma minta tolong dengan dia. Itu aje."

"Susah sangat ke untuk abang beri ucapan untuk menghargai isteri abang... sampai abang perlu minta betina lain tuliskan?"

Aswad terdiam. Dia buntu mahu menjawab.

"Abang... Kita ini dah usia 40 lebih... Malulah, bang. Dah tua-tua macam ini, nak buat perangai macam ini. Bawa berubahlah, bang."

"Kau tak payah berlagak baiklah dengan aku!" Aswad mula membahasakan aku-kau dengan Tasnim. Tasnim tahu, itu bermakna Aswad sedang baran.

Tapi mengapa dia perlu peduli dengan baran suaminya? Bagaimana dengan hatinya yang terluka ini?

"Tasnim cakap benda betul, bang... Anak-anak kita pun dah besar panjang. Tasnim malu dengan dia orang kalau tahu abang buat macam ini lagi."

"Kau jangan nak libatkan anak-anak pulalah. Aku serabut bodoh."

"Baiklah. Tasnim pun tak nak cakap panjang. Cuma Tasnim nak tanya sekali lagi. Apa hubungan abang dengan perempuan itu?" tanya Tasnim lagi, tapi nadanya cuba untuk dilembutkan selembut yang boleh. Tidak mahu lagi dia meninggikan suara pada suaminya.

"Aku dah cakap tak ada, tak adalah. Yang sekarang ini kau susah sangat nak percaya, apa hal?!" tengking Aswad yang kelihatan bengang.

"Okay. Kalau memang abang dengan dia tak ada apa-apa hubungan. Tasnim nak jumpa betina itu."

"Ikut suka kaulah! Cakap dengan kau ini memang bangang. Aku dah cakap tak ada apa-apa, nak juga ikut kepala kau sendiri. Bodoh!"

"Tasnim cuma nak tahu siapa dia aje. Yang abang nak marah tak tentu pasal ini kenapa?" ujar Tasnim yang mula naik suaranya.

"Kaulah yang serabut sangat nak tahu siapa dia. Aku dah cakap tak ada apa-apa, tak adalah. Cemburu tak bertempat!"

Tasnim dan Aswad terus bergaduh dan saling menyalahkan satu sama lain. Masih tidak berpuas hati. Seorang mahu menafikan, seorang mahu mencari jawapannya... Suara mereka juga naik sama tinggi, yang kadang-kala disela dengan suara esakan tangisan Tasnim.

Namun, suara pergaduhan mereka itu terdengar oleh seseorang.

Itu membuatkan langkahnya terhenti dari menaiki tangga menuju ke kamarnya. Lama dia berjeda disitu, mendengar jelas tidak jelas suara pergaduhan Tasnim dan Aswad. Akhirnya, kakinya tidak jadi melangkah naik, sebaliknya melangkah turun dan kembali semula ke ruang tamu.

Dia berbaring dan fikirannya mula melayang. Pada mulanya, dia cuba menyedapkan hati yang mungkin tiada apa-apa yang berlaku. Mungkin sahaja telinganya salah menafsir apa tanggapannya.

Tapi, dia tidak mampu menafikan dirinya terasa kaku ketika itu. Dadanya terasa sempit. Seperti trauma dengan suara yang penuh dengan tengkingan. Jantungnya berdebar kencang. Seperti anak kecil ketakutan sesuatu.

Tidak mahu terus diselubungi rasa tidak enak ini, Asyraf memilih untuk memejamkan matanya semula dan cuba tidur kembali.

Ai ajuns la finalul capitolelor publicate.

⏰ Ultima actualizare: Jan 14, 2022 ⏰

Adaugă această povestire la Biblioteca ta pentru a primi notificări despre capitolele noi!

TANGISAN SEORANG BIDADARIUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum