1

413 19 0
                                    

'ALAMAK! AKU DAH LEWAT NAK PERGI KELAS!' Bukan sekali dua si Naura ni lewat ke kelas. Ni kali ke 4, dia lewat. Sebelum ni lewat tapi tak kantoi dengan lecturer sebab lecturer pun suka lewat masuk kelas.

Naura pun bergegas bangun lalu mencapai tuala dan masuk ke dalam bilik air. Selepas dia bersiap-siap, dia pun turun ke bawah. Dia terlihat abangnya dan ibunya sedang bersarapan.

'Haa, ni mesti kes bangun lewat kan. Tulah, aku dah pesan. Kalau ada kelas pagi, tidur awal. Ni tak, pukul 3 pagi duk memekak je. Ingat suara sedap sangat macam Ariana Grande lah tu.', seperti biasa. Setiap pagi akan ada drama peperangan antara adik beradik.

'Ibu! Tengok abang!', merengek Naura.

Ibunya sudah lali melihat mereka berdua. Asal jumpa, gaduh. Bila berjauhan, tahu pula menangis nya pun. Pening maknya fikir.

'Amir, tak baik menyakat adik macam tu. Adik pun, dah tahu ada kelas pagi ni, tidur lewat malam semalam.' Haa, kan dah kenal dengar ibu bebel.

'Adik, jom. Aku hantar kau pergi kelas. Tak sampai satu saat kau dah sampai.', kata Amir kepada Naura.

'Haa, Amir. Kamu tu jangan bawak laju sangat kereta tu. Ingat nyawa adik kamu juga.', pesan ibunya.

'Ye, ibu.', jawab nya ringkas.

Mereka berdua pun bangun dari kerusi makan dan bersalaman dengan ibunya. Mereka pun bergegas ke keluar lalu masuk ke dalam perut kereta dan kereta yang dipandu oleh Amir pun lenyap dari pandangan ibunya.

***

'Adik buat apa malam buta sampai tak tidur malam hah?', tanya Amir kepada Naura dengan nada yang lembut.

'Mana buat apa - apa.'

'Adik, kau tak payah tipu aku lah. Kau on call dengan si Mierul an? Aku dengar lah malam tadi kau bergayut kul 1,2 pagi. Bukan main eh kau sweet dengan dia, dengan aku tak nak pula kau nak sweet ii.', kata Amir sambil fokus dengan pemanduannya.

'Eii, tak nak sweet ii dengan abang. Dah lah suka cari pasal dengan adik.', ujar Naura sambil membuat muka menyampah.

'Ni kalau ibu tahu lah, mahu kena sebat dengan getah paip je nanti. Kau tahu lah kan, ibu tu macam mana. Kau lagi setahun je nak masuk 20 tapi kau still nak bercinta umur macam ni.'

Ibu Naura memang tidak membenarkan Naura bercinta pada usia yang muda. Tahun ini, Naura sudah berumur 19 tahun. Ibunya membenarkan gadis itu bercinta pada usia 20 ke atas. Biasalah kan, perasaan cinta tu tak boleh dipaksa.

'Ibu takkan marah adik kalau abang tak bagitahu ibu pasal adik dengan Mierul. Lagipun, adik sayang gila dengan dia. Dia pun sayang gila dengan adik.' Nak muntah Amir mendengarnya. Kalau putus memang aku gelak je kaw ii, fikir Amir.

'Yelah, dik. Aku kahwinkan kau dengan Mierul tu baru tau.'

'Nak, nak.' Eh, eh budak ni. Bagitahu ibu kang baru tau.

***

'Naura Esmerelda! Kenapa awak lambat? Awak tengok jam tu sekarang pukul berapa?' Naura melihat jam di tangan kanannya. Sudah menunjukkan pukul 8:15 pagi.

'Saya tahu ini bukan sekali dua awak buat macam ni. Tapi, nasib awak baik sebab saya masuk lambat waktu itu.', kata pensyarah yang kacak itu kepada Naura.

Semua pelajar didalam kelas tertumpu kepada Naura termasuk Violet dan Nadhir. Mereka hanya tersengih sahaja. Haih, harey punya member.

'Maaf, sir. Saya tak senga-'

'Maaf, maaf. Tak habis-habis dengan maaf awak. Dah, pergi duduk kat tempat awak. Hari ni saya lepaskan awak lambat, yang lain saya lepaskan awal.' Garang bebenor pensyarahnya hari ni. Period ke apa eh lelaki.

flower boy ; hazeeq dean.Where stories live. Discover now