7

114 15 0
                                    

'Ok, itu sahaja untuk hari ini jadi minggu depan you guys kena bentangkan hasil kerja awak ye.'

Semua pelajar bangun lalu bergegas keluar dari kelas termasuk Naura.

'Naura.' Naura pun berpaling ke arah suara tersebut.

'Ye, sir? Ada apa ye?', tanya Naura.

'Errr, saya nak ajak awak keluar makan tengah hari. Jom? Awak tak busy kan?', pelawa Hazeeq kepada gadis itu.

Gadis itu tidak mengeluarkan sebarang kata-kata namun hanya menganggukkan kepala.

'Jom.'

****

'Sir, sir...' Belum sempat Naura berkata apa-apa, Hazeeq menyampuk.

'Naura, awak panggil je saya Hazeeq. Time dalam kelas je, awak panggil saya sir. Lagipun, umur saya, abang awak dan awak tak jauh beza kan.', kata Hazeeq kepada Naura.

'Ok. Sir..erm maksud saya...Hazeeq. Awak nak bawak saya makan kat mana ni?', tanya Naura yang agak kekok dan janggal untuk memanggil Hazeeq seperti kawannya yang lain.

'Adalah, special tau tempat ni. You just wait and see okay.', ujar Hazeeq kepada gadis cantik itu.

Mereka berdua pun sampai di destinasi yang ditujui. Naura keluar daripada perut kereta Hazeeq dan melihat sekeliling.

'Awak bawak saya datang sini?', tanya Naura kepada Hazeeq.

Serius ah si Hazeeq ni? Bawak Naura pergi makan kat fancy restaurant.

'Yup. Jom masuk.'

Mereka masuk ke restoran tersebut dan duduk di kerusi yang Hazeeq tempah. Yelah, Restoran mewah kut, mestilah kau kena buat tempahan untuk tempat duduk kan.

Pelayan di restoran itu pun mendekati meja mereka lalu memberikan menu kepada mereka berdua dan mereka memesan makanan yang sama.

'Two Chicken Chop and Fresh Orange.' Pelayan itu hanya mengangguk lalu beredar dari situ.

Hazeeq  pun membuka mukadimah nya.

'Naura okay?', tanya Hazeeq kepada Naura.

'Erm, saya okay je.', jawab Naura ringkas. Sejujurnya dia tidak selesa akan layanan Hazeeq sebegini.

Yelah, Lecturer ajak student makan kat tempat mewah macam ni. Tak pernah dibuat orang. Mungkin dia adalah adik kepada kawan baik nya, mestilah layan dengan baik. Fikir gadis itu.

'Saya tahu awak tak selesa. Saya faham. Awak mesti takut kan kalau orang - orang kat dalam kelas awak especially kawan baik awak fikir bukan-bukan pasal kita.', Naura mengangguk perlahan - lahan.

'Alah, biar lah diorang kata apa. Mulut orang kita tak boleh nak tutup kan.', ujar lelaki kacak itu kepada Naura.

'How's your sem 4 so far?', Hazeeq mula menukar topik.

'So far, so good.', kata Naura ringkas.

'Kalau tak faham, jumpalah saya ye. Saya selalu je ada kat pejabat tu.', kata Hazeeq kepada Naura.

Pelayan tadi pun datang ke arah meja mereka sambil menghantar makanan yang dipesannya dan berlalu pergi.

'Enjoy the meal okay.', kata Hazeeq kepada gadis itu.

Setelah mereka berdua menjamu selera di restoran mewah itu, Hazeeq pun pergi ke pusat beli belah.

'Sir, sir nak bawak saya pergi mana? Bukan sir nak bawak saya pergi makan je ke?', tanya Naura yang pelik dengan lelaki itu.

flower boy ; hazeeq dean.Where stories live. Discover now