5

119 10 0
                                    

'Ketika dia yang kau cinta, mencintai yang lain... Betapa dalamnya terluka dihatiku, dan bagaimana ku harus menyakinkan diriku? Saat ku dengar suaramu, ku tak mampu pergiii...'

Tiba - tiba pintu bilik dibuka. Terperanjat gadis itu lalu terus menutup radio berwarna merah jambu itu.

'Adik, tak tidur lagi ke dik?', tanya abangnya kepada Naura.

'Alah, bang. Lek lah, esok adik cuti. So, apa salahnya kalau adik overnight. Sekali sekala.', ujar Naura. Sekali Sekala konon, rasanya hampir setiap hari gadis itu mengulangi ayat yang sama.

Amir yang tadi tercegat di tepi pintu lalu masuk ke dalam bilik adik kesayangan nya. Penuh dengan warna hitam dan merah jambu. Nak kata fans Blackpink, KPOP pun satu apa pun Naura tak minat.

Maklumlah, setia dengan Bruno Mars dia. Lain lah dengan si abangnya yang agak 'fanatik' dengan Rosé Blackpink.

'Abang kenapa masuk bilik Naura ni?'

'Kau dahlah tak tidur lagi pastu karaoke lagu galau pastu bukan nak ajak aku pun. Aku pun nak healing sekali.', Amir membuka laci meja belajar adiknya lalu mengambil mic yang berada di dalam laci itu.

Naura menarik nafas lega, ingatkan nak marah ke apa ke. Mereka pun menyambung semula apa yang tertanggung sebentar tadi sehingga jam menunjukkan pukul 2 pagi.

*****

'Violet, dah lama kan kita tak lepak dua orang macam ni. Selalunya asal aku nak together dengan kau, mesti ada pengacau kan.', ujar Nadhir kepada Violet.

Violet tahu pengacau yang dimaksudkan oleh Nadhir. Tak lain tak bukan Naura.

'Kau ni kan, Nadhir. Kalau dia ada kat sini, mahu kecil hati. Tak baik tau. Lagipun, dia ada kita berdua je. Dari tingkatan 1 sampai lah sekarang, dia dengan kita berdua je.', kata Violet kepada lelaki itu.

'Aku gurau jelah, Violet.'

'Cakap pasal Naura ni kan, mana dia tho? Dalam group senyap sunyi je.', kata Nadhir lagi.

'Dia ada je tu, spend time dengan abang kesayangan dia lah. Kau ni macam tak tahu pula.', ujar Violet kepada kawan baiknya.

'Tapi, bila difikirkan balik... Tak patut si Mierul buat Naura macam tu. Sian, Naura.', kata lelaki kacak itu kepada Violet.

'Kan.', Violet meletakkan kedua-dua tangan di atas meja lalu dagunya berada di atas tangannya.

Mereka berdua hanya berdiam diri. Suara pengunjung di kafe tersebut memecahkan suasana sepi di situ.

'Violet.' Nadhir bersuara.

'Em?'

'Jom teman aku tengok wayang.' Nadhir melakukan perkara yang sama seperti Violet. Mereka bertentangan mata.

'Tengok wayang? Cerita apa? Hantu?'

'Tengok kisah cinta kita berdua.' Violet tergelak kecil. Ada - ada saja Nadhir ni. Suka cakap, Nadhir oii...

'Aku gurau jelah. Tengok cerita cinta. Tapi bukan kisah kita lah.', ujar lelaki itu.

'Nak tak?' Nadhir bertanyakan lagi.

Violet tersenyum lalu mengangguk. Nadhir mengukir senyuman.

****
Hazeeq sedang menyiapkan pesanan bunga dari dipesan oleh pelanggannya. Begitu tertib sekali gubahan nya. Bukan dia seorang yang melakukannya, dia ditemani oleh kakak kesayangannya.

'Hazeeq.'

'Em?', jawabnya yang sedang tekun menyusun bunga mawar merah.

'Kamu ni kan, kerja tetap dah ada. Buah hati tak ada ke?', tanya kakaknya kepada Hazeeq.

'Tak ada lagi lah. Hazeeq  sekarang ni pun, sibuk dengan kerja Hazeeq. Tak ada masa nak cari girlfriend buat masa sekarang ni.', jawab Hazeeq kepada kakaknya.

'Takkan lah sorang pun tak sangkut?' Hazeeq  tiba - tiba mengukir senyuman seperti teringat seseorang. Teringat siapa tuuu..

'Haa, Zeeq. Senyum - senyum macam tu. Ada lah tu kan.'

Hazeeq hanya mendiamkan diri sambil tersenyum lebar disitu.

'Siapa dia? Cantik tak?' Bertalu-talu soalan yang  diajukan oleh kakaknya.

'Mesti lah cantik, tapi tulah. Hazeeq rasa dia dah ada boyfriend. Yelah, dahlah cantik mesti ramai yang nak kat dia kan.'

'Alah, Hazeeq. Perempuan cantik ni memang nampak macam dah berpunya tapi selalunya diorang ni yang selalu jual mahal.', ujar kakaknya.

'Macam kakak lah sebab selalu jual mahal. Orang kat depan mata, tak mau terima.', ujar Hazeeq kepada kakaknya.

Kakak lelaki itu mencubit bahunya.

'Sakit lah, kak!' Hazeeq mengadu kesakitan.

'Padan muka! Hazeeq sebut lagi pasal budak tu, siap!'

***

'Amir, kamu berdua tak buat hal kan waktu ibu tak ada seminggu ni?', tanya ibunya kepada sang abangnya.

'Tak ada lah, ibu. Lagipun, seminggu ni Amir jarang jumpa si Naura tu. Baru - baru ni Amir bawak si Naura tu pergi jumpa doktor, ada appointment.', jelas Amir kepada ibunya.

'Doktor cakap apa pasal Naura?'

'Keadaan dia jadi macam dulu. Doktor cakap dia kena sambung balik makan painkiller tu kalau tak nak benda tu melarat pastu jangan banyak berfikir., ujar abangnya.

'Apa lah yang adik kamu tu fikir ye. Sian dia.', kata ibunya.

'Biasalah,  student kan. Fikir pasal assignment lagi, fikir nak maintainkan pointer lagi.', Amir tahu akan perkara sebenar. Kalau cerita kat ibu, mahu berdesing telinga dia dan adiknya. Yang lain teruk kena, si adiknya lah.

'Mesti adik kamu tu teringat pasal ayah kan?'

'Ayah? Orang macam tu tak layak panggil ayah, bu.', ujar Amir kepada ibunya.

'Tapi, dia tetap ayah kandung Amir dan Naura.'

'Ibu, sebabkan ayah lah Naura jadi macam tu. Kalau Naura tu jadi gila takpun cacat ke apa ke, memang Amir tak maafkan dia.'

Tanpa disedari, Naura yang berada di atas terdengar perbualan mereka berdua. Naura pun terus masuk ke bilik dan mula menangis teresak esak.

Sakit kalau ingat kembali peristiwa hitam yang melanda keluarga nya. Naura benci ayah, Naura benci ayah sampai Naura mati.

flower boy ; hazeeq dean.Where stories live. Discover now