2

185 16 0
                                    

Setiba di rumahnya, Hazeeq pun melabuhkan punggungnya di sofa. Dia pun mengeluarkan telefon pintarnya dari poket suitnya.

Dia membuka aplikasi whatsapps, penuh dengan pesanan gubahan bunga yang dipesan oleh pelanggannya.

Selain menjadi seorang pensyarah, dia merupakan seorang penjual bunga, pengubah bunga dan sama sewaktu dengannya. Daripada hobi, terus menjadi kerja sambilan.

Ramai yang menempah kepada nya termasuklah pelajar - pelajar di tempatnya mengajar. Sampai ada yang mengelarkan dirinya 'Mr. Flower' or 'Flowerboy'.

'Banyak betul order masuk ni. Macam mana ni?', monolog Hazeeq bersendirian.

'Asal tu? Nampak macam stres je dik.', tiba - tiba terdengar suara seorang perempuan yang usianya tidak jauh tua dari lelaki tersebut.

Hazeeq memandang ke arah suara tersebut.

'Akak, ni haa banyak order masuk.', katanya sambil mengaru kepalanya yang tidak gatal.

'Jadi?'

'Hazeeq banyak kerja kat universiti tu. Nak buat order ni lagi. Tak sangka pula ramai permintaan.', ujar Hazeeq kepada kakaknya.

'Takpa, Zeeq. Pasal order tu Hazeeq tak payah risau. Biar akak yang settle kan okay. Hazeeq fokus kat kerja Hazeeq kat uni tu je eh.', kata kakaknya kepada Hazeeq. Lega Hazeeq mendengarnya.

Mereka berdua kembali menyepi. Kipas siling memecahkan suasana sepi itu. Kakaknya mula bersuara.

'Lambat kamu balik hari ni.'

'Ouh, tadi ada kerja sikit pastu hantar student balik rumah dia. Tadi minta tolong dia repairkan komputer Hazeeq.', jelas Hazeeq kepada kakaknya.

'Lelaki?'

'Perempuan, kak. Lawa.' Amboi, Hazeeq. Bukan main kau ye.

'Syok kat student sendiri ehh...', Mula dah sesi menyakat bersama mereka.

'Mana ada! Hazeeq puji dia lawa je.' Ceh, dalam hati kata suka.

'Yelah tu, Zeeq. Ingat akak tak tahu. Lagipun, akak tak kisah pun kamu nak suka kat student kamu. Tapi, jangan buat benda pelik-pelik belakang akak sudah lah.'

'Akak ni, kesitu pula. Hazeeq pun tahu lah yang mana baik yang mana buruk.', ujar Hazeeq kepada kakaknya.

'Bagus lah kalau macam tu.'

***

Naura turun ke bawah dan menuju ke arah pintu rumahnya. Amir yang sedang bermain game di telefonnya perasan akan bunyi tapak kaki di belakangnya dan tahu itu adalah adiknya.

'Kau nak pergi mana tu, dik?', tanya Amir kepada Naura sambil matanya tertumpu kepada game ditelefon miliknya.

'Keluar, jumpa kawan.', jawab Naura kepada abangnya.

'Jumpa kawan ke, jumpa Mierul?' Naura pun mendekati Amir yang terbaring di sofa.

'Ish, abang ni! Kalau ibu dengar macam mana?', bisik Naura sambil mencubit lengan abangnya.

Amir pun menutup telefon bimbitnya lalu memandang adiknya.

'Apa aku kisah, bukan aku yang couple dengan Mierul tu.' Laa, ghisau.

'Lagipun, ibu tak ada kat rumah. Ibu bermalam kat rumah kawan lama ibu. Ada kenduri kat sana katanya.', kata Amir lagi.

Lega Naura mendengarnya. Kalau ibu dengar tadi, mahu ibu kejar Naura sampai ke Putrajaya.

'Berapa hari ibu bermalam kat sana?'

'Seminggu. So, dalam seminggu ni aku kena jaga kau. Kalau kau nak keluar, boleh tapi minta izin aku dulu ye adik manis?' Amir mencuit pipi gebu Naura.

'Dah lah, aku nak keluar dulu.' Naura bangun lalu bergegas keluar dari rumahnya.

'Jangan balik lambat sangat! Aku kunci kau kat luar nanti!'

'Yelah!'

****

'Naura.'

'Erm?'

'Pandang mata I.' Naura memandang tepat pada mata buah hatinya, Mierul. Mereka memandang sesama sendiri.

'Hubungan kita sampai sini saja okay?' Naura yang tersenyum dari tadi telah berubah riak wajahnya.

'What? Apa yang you cakap ni?'

'I cakap, hubungan kita sampai sini je. I tak dapat nak teruskan hubungan kita.', kata Mierul kepada Naura.

'But, why? Bukan you dah janji ke dengan i? Why tiba-tiba?', tanya Naura yang sudah ingin mengalirkan airmata nya.

'I terpaksa, Naura. I buat benda ni sebab any issues yang i tak dapat nak elakkan. I can't tell you right now. But, one day you akan tahu sendiri kenapa.', Mierul mengukirkan senyuman yang pahit.

'Apa salah I, Mierul? Apa salah I?'

'You tak salah apa-apa dengan I. Tak ada siapa yang salah dalam hal ni.' Mierul memegang kedua-dua tangan gadis itu.

'Naura, can we breakup in good way? Atleast, kita tak jadi stranger after this. Sebab kita breakup ni buat sementara waktu okay. Sampai saat nanti, kita akan bersama semula seperti biasa. Please, Naura.'

'Bagi you, boleh lah. Bagi I, hati I dah cukup sakit, Mierul. Sakit sangat-sangat.' Gadis itu masih mencuba untuk menahan tangisan nya.

'It's okay, I faham. I pergi dulu. Selamat Tinggal, Kasih. Aku pasti kau dapat tahu jawapan nya satu hari nanti.', kata Mierul lalu bangun beredar dari situ.

Dan, air mata Naura mula mengalir.

'Kenapa kau buat aku macam ni, Mierul? Kenapa?!', bisik hatinya.

****

'Awal betul kau balik, dik.', ujar Amir kepada adiknya apabila Naura masuk ke dalam rumah dan mendekatinya.

Tiba - tiba Naura memeluk Amir. Amir terkejut. Pahal dengan budak kecik sorang ni? Dia terdengar tangisan dari adiknya sendiri.

'Eh, kau pahal menangis ni dik?', tanya Amir yang sedang menggosok gosok badan adiknya itu.

'Mierul, bang. Mierul tinggalkan adik.', jawab adiknya kepada Amir.

'Lah, aku ingatkan apa lah tadi. Kau menangis macam hilang suami.', nyakat Amir. Sempat lagi kau sakat adik kau ye Amir.

'Abang!' Naura mencubit lengan abangnya. Pelukan mereka masih tidak dilepaskan.

'Aduh, aku gurau jelah. Kau ni!'

'Abang, kenapa dia sanggup buat adik macam ni? Apa salah adik kat dia?', tanya Naura kepada abangnya.

'Alah, mungkin dia ada sebab lah tu. Takpalah, dik. Anggaplah kau tak ada jodoh dengan si Mierul tu. Lagipun, kumbang bukan seekor. Belambak lagi lelaki yang nakkan adik. Aku ni tak ada pengalaman bercinta, jadi aku tak tahu nak tolong kau macam mana. Aku cuma boleh cakap, kau kena sabar dan belajar untuk move on dengan dia. Lagipun, kau masih muda.' Apabila abang Amir berbicara, kasar-kasar pun masih caring tentang adiknya.

Pelukan mereka terlerai. Amir memegang kedua-dua bahu adik kesayangannya.

'Kau kuat kan. Dah, jangan nangis. Hilang muka comel adik aku sorang ni. Cuba senyum sikit.' Amir mengelap air mata adiknya.

Naura cuba untuk senyum tapi senyum dalam kesedihan.

'Haa, kan ok tu. Jangan nangis, ramai lagi yang minat kat kau.'

Amir memeluk kembali adiknya. Perasaan sebak mula muncul di dalam diri Amir. Apa tidaknya, adiknya sedang bersedih kerana disakiti oleh seseorang yang adiknya sayang.

'Kau kena kuat dik. Aku pun pernah merasai apa yang kau rasai sekarang ni dik.', bisik hati abangnya. Lelaki itu secara tiba-tiba mengalirkan air mata.

Naura mendengar esakan kecil dari abangnya mula melepaskan pelukan tersebut dan melihat abangnya seperti menangis.

'Abang menangis ke?'

'Taklah, aku tak nangis lah.'

'Tipu.'

'Betul lah.' Amir mengukirkan senyuman dalam tangisannya.

flower boy ; hazeeq dean.Where stories live. Discover now