4

172 17 0
                                    

Jam menunjukkan pukul 12:30 tengah malam, Naura sedang bermain telefon bimbitnya. Maklumlah, si abangnya baru pasang Wi-Fi kat rumah. Apa lagi, twitter luuu.

Violet dan Nadhir suka pulang ke rumah masing-masing. Maklumlah, abang Naura ni dalam perjalanan nak balik ke rumah. Jadi, bila-bila masa dia akan sampai ke rumah.

Dia membuka aplikasi twitter. Penuh dengan ayat-ayat cringe warga twitter yang sedang bosan dengan dunianya. Naura hanya ketawa kecil.

Tiba-tiba ada notifikasi yang masuk di aplikasi tersebut. Dia pun membuka icon loceng tersebut.

'Hazeeq Dean followed you!'

Terkejut beruk gadis itu melihat nama yang naik di notifikasi tersebut.

'Sir follow aku? Biar betul?' Dia pun menekan username tersebut.

Betul lah tu. Pensyarah tersebut mengikuti nya di media sosial. Naura syak mungkin dia dapat akaun twitter dari twitter abangnya mungkin.

Tak banyak posting. Memang tak ada satu posting pun dari lelaki tersebut. Busy sangat tu si Hazeeq ni. Busy dengan business bunga dia lah tu.

'Dik! Dik! Buka lah pintu ni woi!' Tiba - tiba terdengar bunyi ketukan pintu bercampur dengan suara abangnya dari luar bilik.

'Jap!' Naura melangkah ke arah pintu biliknya dan membuka pintu bilik tersebut. Terserlah, Amir yang memakai baju kemeja lengan panjang berwarna putih bertali leher merah dan berseluar slack hitam ala - ala office boy gitu. Baru balik dari tempat kerja lah tu.

'Bang, kut ye pun tak payah lah ketuk pintu kuat - kuat macam ni. Mahu nak roboh rumah ni tau tak.', marah Naura kepada abangnya.

'Kalau ketuk lembut - lembut pun, bukannya kau nak dengar. Member kau dah balik ke?'

'Dah. Baru je tadi.', kata Naura.

'Naura, aku ada belikan makanan. Jom, makan dengan aku sekali.', Amir menunjukkan beg plastik yang berisi kan dua polisterin.

Amir dan Naura pun turun ke bawah dan menuju ke ruang makan untuk makan bersama-sama. Ni lah rutin mereka berdua kalau ibu mereka tiada di rumah.

'Adik, appointment esok kan?', tanya Amir kepada Naura.

'Huh?' Naura blur disitu. Appointment apa mat?

'Kau jangan nak buat-buat lupa. Appointment pasal mental health kau lah. Haa, jangan nak mengelat.', ujar abangnya kepada gadis tersebut.

'Alah, bang. Kalau adik tak nak pergi takpa ke? Adik dah sihat lah bang.', kata Naura kepada abang kesayangan nya.

'Dik, ingat. Kau tu masih dibawah pemantauan doktor tau. Lagipun, aku tak nak anything terjadi kat kau. Aku dengan ibu berharap sangat kau sihat.', kata abangnya.

Naura mencebik. Amir berhenti menyuap nasi goreng ke dalam mulutnya lalu merenung ke arah adiknya.

'Adik. Kitaorang semua nak kan yang terbaik untuk kau. Aku dengan ibu tak nak kau jadi macam dulu. Pendiam, buat benda bodoh kat belakang kitaorang. Cukup lah, kau cederakan diri kau sebabkan ayah.', kata Amir kepada Naura.

Tiba - tiba kisah hitam itu berulang kembali di minda Naura dan abangnya.

'Ayah! Jangan lah pukul Ibu!'

'Kau diam lah, budak! Siapa ayah kau?!'

Naura menghalang ayahnya daripada memukul ibunya. Namun, ayah nya tetap memukul ibunya.

Tiba - tiba ayahnya menolak Naura sehingga kepala Naura terhentak kuat ke bucu tangga. Kepalanya berlumuran darah.

'Naura!'

flower boy ; hazeeq dean.Where stories live. Discover now