6

124 16 0
                                    

'Ibu! Bila ibu balik?' Naura terus memeluk ibunya.

'Malam semalam. Naura sihat?'

'Alhamdulillah, sihat. Abang mana?', tanya gadis itu yang masih mamai dibuai mimpi.

'Abang kamu dah pergi kerja dah. Pergi basuh muka, meh kita makan sama-sama. Ibu masak makanan kegemaran kamu ni.', pelawa ibunya.

'Ok, ibu.'

*****

'Mimpi apa nak lunch dengan aku ni?', tanya Amir kepada seorang lelaki yang lengkap memakai baju kemeja putih bertali leher merah.

'Alah, nak ajak lunch pun tak boleh dah ye sekarang.', ujar lelaki itu kepada Amir.

'Yelah, Hazeeq. Jarang tho kau nak ajak aku lunch together. Ni macam tiba - tiba je. Kau nak borak pasal adik aku laa tu. Suka cakap, Zeeq.', kata Amir seolah-olah sudah tahu agenda kawan baiknya itu.

'Apa lah kau ni, tak baik tau kau fikir bukan-bukan pasal aku.', Hazeeq menafikan perkara itu.

'Alah, kalau suka apa salahnya mat.' Amir mendekatkan kepala nya ke arah Hazeeq.

'Kau nak adik aku tak? Aku boleh tolong kau.', kata Amir kepada Hazeeq.

Hazeeq seperti membisu. Tak tahu nak respon macam mana.

'Tak nak sudah. Melepas, kau juga yang menangis.', kata Amir lagi.

'Ehh, nak nak.' Amir tersenyum.

'Ok, aku boleh tolong kau. Tapi, bagi aku sikit masa. Kau macam tak tahu pula perangai adik aku tu macam mana.'

'Thanks tho, Amir. Kau lah sahabat aku dunia akhirat.' Hazeeq memeluk erat Amir. Amir pula yang rasa menyampah disitu.

Amir cepat-cepat melepaskan pelukan itu.

'Orang tengok lah, Zeeq!'

'Biarlah! Kita bukan nya buat maksiat kat sini.' Hazeeq mencebik. Apalah nasib berkawan dengan anak bongsu ni kan, dahlah anak bongsu, manja pula! Nasib ii.

****

'Eh, awalnya abang balik.', kata Naura kepada abangnya yang tiba - tiba duduk di sebelah adiknya di sofa sambil mencapai alat kawalan jauh televisyen di atas meja kopi.

'Kerja tak banyak tadi and boss aku bagi aku balik awal. Tak suka ke aku balik awal?', tanya Amir kepada Naura.

'Suka tu suka. Cuma pelik je.', jawab Naura kepada abang kesayangan.

Naura melihat Amir mengeluarkan sesuatu dari beg galasnya. Ianya adalah sebuah kotak putih bereben merah lalu menghulurkan kepada adiknya.

'Nah.'

'Untuk adik ke?'

'Eh, tak lah. Untuk anak jiran sebelah. Dah sah ii untuk kau.', jawab abangnya kepada Naura.

Naura terus mengambil kotak itu dari tangan abangnya.

'Boleh buka ke?', tanya Naura.

'Buka lah.', jawab Amir sambil tersenyum.

Naura membuka kotak itu dan riak wajahnya berubah lalu mengeluarkan isi di dalam kotak itu. Ternyata ia adalah seutas rantai perak yang mempunyai lokek berbentuk hati.

'Waa, cantiknya abang!', puji Naura.

'Kau suka tak?' Naura seperti tidak tahu mahu menjawab apa. Dia hanya menganggukkan kepala.

'Meh, aku tolong pakaikan untuk kau.' Amir pun mencapai rantai itu lalu memakaikan di leher adiknya.

Naura membelek lokek itu lalu memeluk abangnya.

'Terima kasih, abang.' Amir membalas pelukan itu.

'Anything for you, my beloved sister.' Amir mengukir senyuman.

'Ye, rantai tu memang aku yang pilih tapi bukan aku yang bayar dan bagi. Kalau lah kau tahu pemberi sebenar rantai tu....' bisik hati lelaki itu.

Imbas kembali kisah di kedai aksesori tadi...

'Amir, adik kau suka emas ke perak eh?', tanya Hazeeq kepada Amir.

'Naura suka silver.', jawab Amir ringkas.

'Kau rasa rantai yang mana paling cantik untuk Naura? Kau bagi lah aku cadangan sebab kau lebih tahu pasal adik kau dari aku.'

Amir membelek satu persatu rantai perak yang ada di situ dan matanya tertumpu kepada satu rantai yang agak cantik.

'Ni cantik.' Amir menunjukkan rantai perak yang mempunyai lokek berbentuk hati.

'Erm, cantik tho. Kita ambil yang ni lah.', ujar Hazeeq kepada Amir.

END FLASHBACK

Amir melepaskan pelukan tersebut. Naura perasan abangnya seperti baru lepas menangis.

'Abang menangis ke?' Amir menggelengkan kepalanya sambil tersenyum.

'Aku tak kisah kalau kau suka kat adik aku, Zeeq. Asalkan dia gembira dan kau boleh bahagiakan dia macam mana aku bahagiakan dia, aku ok.', bisik hati lelaki itu sambil mengukirkan senyuman.

flower boy ; hazeeq dean.Where stories live. Discover now